HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 November 2014

Scorpene Tembak Torpedonya Yang Pertama

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kapal selam KD Tun Abdul Razak melakukan tembakan torpedonya buat pertama kali di Laut China Selatan ketika sesi latihan bagi menunjukkan keupayaan kapal tersebut.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan berkata, kapal selam Scorpene yang melancarkan torpedo Black Shark terhadap sebuah feri penumpang yang telah diubah suai kira-kira pukul 11.13 pagi Jumaat, memusnahkan kapal tersebut dengan satu letupan besar.

"Tembakan torpedo menandakan kali pertama kapal selam kami telah melakukannya sejak ketibaan kapal pertama, KD Tunku Abdul Rahman, di Pelabuhan Klang pada 3 September 2009.

"Ini juga kali pertama torpedo Black Shark telah ditembak sejak ia diperkenalkan oleh pengeluar Itali, Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS)," kata TLDM dalam satu kenyataan.

Juga terlibat dalam latihan pada JUmaat adalah empat buah kapal, helikopter Fennec, bot tempur CB90 dan kapal selam penyelamat Mega Bakti.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyediakan pesawat B 200T dan EC 725 untuk latihan.

TLDM berkata kejayaan demonstrasi pelancaran torpedo itu merupakan tanda bahawa angkatan laut negara harus dilihat sebagai satu kuasa yang kuat di rantau ini.

"Penambahan kapal selam untuk inventori TLDM bukan sahaja meningkatkan keupayaan armada tetapi melengkapkan keupayaan kami untuk melibatkan diri dalam peperangan tiga dimensi - di bawah air, di permukaan dan di udara," katanya.

Tiada ulasan: