HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 Disember 2014

Banjir di lebuhraya, PLUS wajar beri pampasan – Shamsul

Oleh: Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR :  Naib Presiden KEADILAN Shamsul Iskandar Md Akin mahu pihak Lebuhraya utara-Selatan (PLUS) melakukan penyelanggaraan lebih serius terhadap kesemua sistem perparitan sepanjang lebuh raya di bawah seliaan mereka.

Ini berikutan kejadian banjir kilat yang menyebabkan kesemua laluan di KM 3.95.3 – 395.4 di laluan Behrang – Tanjung Malim terpaksa ditutup sehingga menyebabkan kesesakan teruk berlaku pada malam Isnin lalu.

Jelas Shamsul pihak PLUS seharusnya memastikan aliran trafik di lebuh raya seliaan mereka hsentiasa dalam keadaan lancar kerana pengguna membayar tol bagi menggunakan lebuh raya itu.

“PLUS harus pastikan perkara ini tidak berulang, mereka harus menjalankan penelitian lebih menyeluruh terhadap sistem perparitan dan kerja-kerja yang dijalankan di sepanjang lebuhraya tersebut.

“Pengguna membayar tol, PLUS harus naik taraf dan berikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna, bukan hanya kaut keuntungan berjuta ringgit saban tahun dan biar masalah ini berulang lagi.” tegas Shamsul.

Shamsul sementara itu mendesak pihak PLUS dan menteri berkaitan untuk tampil memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai punca sebenar kejadian tersebut.

“Mereka harus beri penjelasan dan jaminan kepada rakyat perkara sama tidak akan berulang lagi.
“Malah PLUS wajar memberi pampasan secara terbuka kepada pengguna yang terlibat dengan kejadian itu.” tegas beliau.

Jurucakap PLUS dilaporkan berkata jalan tersebut tidak dapat dilalui sejak jam 7 malam sehingga 9 malam sebelum ‘median opening’ di KM394.4 dibuka untuk trafik arah selatan.

Tiada ulasan: