MALAYSIAKINI
Gabungan NGO BERSIH mendakwa Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali
Hamsa mengaburi kebenaran dalam hasil siasatan Suruhanjaya Siasaran
Diraja berhubung isu pendatang asing di Sabah.
BERSIH dalam kenyataannya mempersoalkan bagaimana Ali boleh menyimpulkan
bahawa tiada motif politik dalam isu pemberian kad pengenalan kepada
golongan tidak layak.
Sepatutnya, tegas NGO itu, keterangan berhubung 'Projek IC' dan
persoalan yang dibangkitkan mengenai penglibatan ahli politik di
peringkat tertinggi patut disiasat selanjutnya di mahkamah.
"Kami terkejut kerana RCI tidak mengemukakan apa-apa saranan berhubung
perkara ini, sedangkan merekalah yang bertanyakan mengenai soalan itu,"
kenyataan BERSIH dipetik.
Gabungan NGO itu merujuk kepada laporan RCI berhubung kenyataan lima
orang saksi: Pegawai Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim, dan empat orang
pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, Ramli Kamarudin, Abdul Rauf Sani,
Asli Sidup dan Yakob Damsah.
Suruhanjaya itu membuat kesimpulan bahawa “Projek IC” mungkin benar-benar wujud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan