HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Disember 2014

Kenyataan Gobind pandangan peribadinya

 
Azmin menjelaskan bahawa kenyataan Gobind yang mendesak PR menolak hukum Hudud bukanlah keputusan PR


gobind singh deo


PETALING JAYA: Tindakan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo yang mendesak Pakatan Rakyat (PR) supaya membatalkan kerjasama dengan PAS sekiranya parti itu berkeras untuk melaksanakan Hudud hanya pandangan peribadi beliau.

Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali berkata, keputusan PR bersetuju untuk tidak bersetuju tentang perlaksanaan Hudud oleh kerajaan PAS Kelantan bukan keputusan bersama ketiga-tiga parti.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PR menegaskan, “Pandangan beliau (Gobind) hanyalah bersifat peribadi, malah keputusan PR tetap sama,” katanya kepada pemberita di Subang Jaya, hari ini.

Semalam media melaporkan, Gobind yang merupakan Ahli Parlimen Puchong itu mengeluarkan kenyataan bahawa, PR tidak mempunyai pilihan selain membatalkan kerjasama dengan PAS serta merta , jika PAS meneruskan hasrat membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai Hudud pada 29 Disember ini.

Jelasnya , jika PR mahu menjadi sebuah kuasa kuat dan dipercayai rakyat, mereka perlu kekal kepada pendirian bersama.

“Jika PR mahu kekal menjadi kuasa politik yang disegani, dihormati dan dipercayai rakyat, kita perlu tunjukkan komitmen menegakkan rangka kerja polisi bersama, walaupun jika terpaksa putuskan hubungan dengan mana-mana rakan yang mengancam semangat kerjasama PR selama ini,” katanya dalam kenyataan itu semalam

Tiada ulasan: