Kerajaan Malaysia Jual Harga Petrol
RON95 Mahal Kepada Rakyat? Sepatutnya RM1.72 – RM1.90 Seliter Sahaja? :
Selepas kerajaan Malaysia mengumumkan harga petrol RON95 turun hanya
sekitar 4 sen sahaja, ada cakap-cakap yang mengatakan nilai tersebut
tidak berpadanan dengan pengumuman kenaikan harga minyak RON95 yang
telah naik berkali-kali sebelum ini dan trend penurunan harga minyak
dunia, Hasan Malek tampil memberikan penjelasan kepada anda semua.
Hasan Malek sendiri mengakui yang mana
formula pengiraan harga petrol RON95 turun naik adaah sangat rumit dan
payah untuk fahami. Walaubagaimanapun Hasan Malek mengatakan formula
harga petrol RON95 akan dikongsikan kepada anda semua termasuk dimuat
naik ke portal kementerian kelak.
Dan Hasan Malek telah mengingatkan
kepada anda semua, walaupun begitu banyak teknikal dalam formula
pengiraan harga minyak RON95 turun naik kelak, cukuplah rakyat tahu
kerajaan malaysia sedang buat yang terbaik untuk anda, rakyat Malaysia
semua. Itu katanya…
Sebelum ini wakil pembangkang, Rafizi
Ramli menemplak kerajaan Malaysia apabila kerajaan hanya mampu
mengumumkan penurunan harga petrol RON95 sebanyak 4 sen sahaja.
Sedangkan katanya :
Harga Minyak Petrol RON95 : Hasan Malek VS Rafizi Ramli?
- Harga minyak mentah Brent minggu lepas adalah US$68 setong (RM233) setong iaitu peratusan penurunan sebanyak 35.2% daripada harga asal US$105 (RM360) setong
- Berdasarkan laporan Berita Bernama pada 31 Oktober 2014, Ahmad Maslan secara terang mengatakan yang harga petrol RON95 yang lebih munasabah berdasarkan harga pasaran adalah RM1.72 seliter, bukannya RM2.26 seperti yang kerajaan tawarakan kepada rakyat sekarang ini
- Sepatutnya apabila harga minyak mentah dunia jatuh antara kadar peratusannya 27%-35%, sepatutnya harga petrol RON95 akan dijual pada harga yang berlegar RM1.72 – RM1.90
- Sedangkan peratusan penurunan harga minyak RON95 oleh kerajaan Malaysia adalah hanya 1.7% (RON95), turun 3.5% (RON97) dan diesel naik 1%
KLIK SINI : Debat Rafizi VS Khairy. Anda Mahu Mansuh PTPTN @ Kekalkan
Sistem PTPTN Yang Ada Sekarang?
Seperti biasa, Hasan Malek dalam membidas kembali kenyataan Rafizi Ramli dengan mengatakan :
Apa pula respon balas anda? Adakah rakyat yang ditawarkan kerajaan Malaysia bagi RON95 munasabah?
- BN “satu-satunya kerajaan dalam dunia” yang mengambil berat soal kebajikan rakyat dan meringankan beban ibu bapa
- Hasan Malek mahukan anda semua mengundi BN
- Hasan Malek merasakan anda semua sepatutnya bersyukur kerana harga barang di Malaysia masih murah dan keadaan di negara kita ini masih aman
- Pembangkang boleh membuat tuntutan, bangkangan, tetapi kerajaan Malaysia mempunyai mekanisme terbaik untuk rakyat, syarikat minyak, pengguna, peniagaan, sebelum tentu turun naik harga petrol RON95
Tiada ulasan:
Catat Ulasan