HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 Ogos 2015

Belum ada arahan saman WSJ – Peguam

 
Dua peguam Perdana Menteri disahkan telah ke Amerika Syarikat dipercayai berkaitan tindakan undang-undang terhadap WSJ.


najib,-WSJ


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum mengarahkan barisan peguamnya untuk memfailkan saman terhadap Wall Street Journal (WSJ).

“Ia masih status quo. Kami belum mendapat apa-apa arahan,” kata salah seorang peguam yang mewakili Perdana Menteri, Wan Azmir Wan Majid seperti dilaporkan Malay Mail Online.

Wan Azmir juga mengesahkan laporan akhbar Sin Chew yang melaporkan dua peguam mewakili Perdana Menteri telah dihantar ke Amerika Syarikat.

“Memang benar rakan kongsi saya (Datuk Hafarizam) dan Datuk Firoz ke luar negara. Saya tidak boleh mengesahkan apa-apa yang lain mengenainya,”katanya.

WSJ menyiarkan laporan yang mendakwa AS$700 juta dimasukkan dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Susulan itu, kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat dakwaan itu yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Bank Negara Malaysia, PDRM dan Peguam Negara.

Pada Isnin lalu, SPRM mengesahkan kemasukkan wang itu tetapi bukan daripada dana 1MDB sebaliknya sumbangan penderma.

Tiada ulasan: