HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 Ogos 2015

Menyamar ‘pak lebai’ periksa ketulenan telefon bimbit

 
KPDNKK juga meneruskan serbuan terhadap premis secara senyap-senyap untuk mengelak dihidu lebih awal oleh peniaga tidak jujur.


KPDNKK


KELANA JAYA: Anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melakukan pelbagai cara untuk pemeriksaan barangan di premis termasuk menyamar menjadi ‘pak lebai’.

Sehubungan itu, Menteri KPDNKK, Datuk Hamzah Zainuddin menasihatkan peniaga terutama peniaga telefon tiruan supaya berhati-hati menerima kunjungan ‘pak lebai yang mencurigakan.

“Kalau ada ‘pak lebai’ masuk sesuatu kedai itu, jangan ingat dia sekadar ‘pak lebai’. Saya nak bagi tahu kepada semua peniaga-peniaga.

“Sebab hari ini mereka telah buat macam-macam cara (menyamar) ada yang pakai jadi pak
lebai…macam-macamlah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Hari Raya Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) di Wisma Ungku Aziz di sini pada Rabu.

Beliau diminta mengulas mengenai operasi terkini yang dilakukan oleh KPDNKK untuk membanteras penjualan telefon bimbit tiruan.

Hamzah berkata, pihaknya juga akan membuat serbuan secara senyap-senyap untuk membanteras penjualan telefon bimbit tiruan.

“Dalam serbuan ini, ada yang kita tangkap cuma bezanya kita buat secara senyap-senyap sekarang ini.

“Kalau dulu ada orang beritahu bila kita nak serbu kawasan itu telah ditutup awal. Kali ini kita akan serbu masa kawasan itu tidak ditutup,” katanya.


Tiada ulasan: