BERNAMA
Senjata renjat (taser
gun) memang dimiliki PDRM dan sedang diagihkan ke pelbagai peringkat
anggota pasukan keselamatan itu namun tidak akan digunakan pada
perhimpunan Bersih 4. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan akan menggunakan senjata renjat (taser gun) terhadap peserta perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri
Noor Rashid Ibrahim berkata, senjata tersebut yang memang dimiliki PDRM
sedang diagih-agihkan ke pelbagai peringkat pasukan keselamatan itu
untuk kegunaan masing-masing.
“Taser gun ini dapat melumpuhkan sementara atau melemahkan pesalah atau penjenayah tapi tidak akan digunakan untuk perhimpunan Bersih.
“Di masa hadapan kita akan lebih banyak guna taser gun
(untuk pencegahan jenayah),” katanya dalam sidang media selepas
menghadiri majlis pelancaran laman web iSelamat.my di sini hari ini.
Pelancaran itu disempurnakan oleh
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Halimah Mohamed Sadique bagi pihak menteri Datuk Abdul Rahman
Dahlan.
Polis Kuala Lumpur menganggap perhimpunan Besih 4 tidak dibenarkan atau haram kerana tidak memenuhi syarat perhimpunan aman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan