IKHWAN HAZWAN
Khalid Samad berkata
penyertaan GHB dalam pilihan raya akan datang bergantung kepada senario
atau pilihan kepada pembentukan Pakatan Rakyat (PR) 2.0 .
KUALA LUMPUR, Gerakan Harapan Baru (GHB) dijangka akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka akan diadakan menjelang tahun hadapan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad
berkata penyertaan GHB dalam pilihan raya akan datang bergantung kepada
senario atau pilihan kepada pembentukan Pakatan Rakyat (PR) 2.0 yang
dijangka akan dimuktamadkan sebelum Oktober depan.
Menurutnya, sekiranya PR 2.0 terdiri
daripada PKR, DAP, Pas dan GHB maka tidak akan sebarang pertembungan
kerusi atau tiga penjuru di kawasan yang bertanding.
“Namun begitu, sekiranya Pas bersendirian
tetapi ada membuat kerjasama dengan PR 2.0 juga tidak akan berlaku
pertandingan tiga penjuru melainkan perjanjian dikhianati.
“Sekiranya Pas mengambil keputusan untuk
bersendiri dan tidak membuat sebarang kerjasama maka sudah pasti akan
berlakunya tiga penjuru di hampir setiap kawasan,” katanya pada sidang
media di sini hari ini.
Tambah Khalid, sekiranya Pas mengambil
keputusan bersendirian maka pihaknya atau PR 2.0 akan membiarkan rakyat
membuat keputusan untuk memilih calon yang diinginkan mereka.
“Biarlah rakyat yang menentukan sama ada
mereka inginkan calon yang tidak kisah menang atau kalah dalam pilihan
raya dan mahukan keredaan Allah semata-mata.
“Sebaliknya mereka boleh memilih calon
komited ingin menubuhkan kerajaan sekiranya dipilih dalam pilihan raya
berkenaan,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan