HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 Ogos 2015

Pemandu teksi didakwa tunjuk kemaluan kepada pelajar sekolah

 
Mahkamah juga melarang tertuduh mendekati, mengganggu mangsa dan saksi serta tidak dibenar membuat sebarang kenyataan di media sosial.


pemandu-tesksi


PETALING JAYA: Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu atas tuduhan menunjukkan kemaluannya kepada dua pelajar sekolah.

Shatul Hameed Batusha Abdul Kader, 37, didakwa menunjukkan kemaluan kepada dua pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun di hadapan sebuah sekolah di Jalan Foss, di sini kira-kira pukul 3.50 petang, 30 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa menawarkan jaminan RM8,000, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan dengan alasan dia berpendapatan rendah dan perlu menyara dua anak.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan antaranya tertuduh dilarang mendekati atau menganggu mangsa dan saksi.

Tertuduh juga dilarang membuat sebarang kenyataan umum berkaitan kes itu di media sosial dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Dang Wangi setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 9 September untuk sebutan semula kes.

Tiada ulasan: