MALAYSIAKINI
Anggota parlimen Kuala Terengganu menyatakan rasa tidak senangnya dengan
tindakan PAS memutuskan hubungan dengannya ketika beliau akan
mengadakan sambutan hari raya Aidilfitri.
“Mungkin saya disabotaj. Saya pun terkejut juga mereka (PAS kawasan)
buat mesyuarat 9.30 malam dan lepas itu arahan itu 'diviralkan' serta
merta malam itu juga.
“Walhal esoknya saya ada rumah terbuka hari raya, di mana semua ahli PAS (kemudiannya) dilarang hadir.
“Ini seolah-olah mahu menggagalkan majlis hari raya saya. Pukul 9.30
malam umumkan, tidak boleh tunggu ke pagi esok. Masa itu juga mahu
umumkan,” kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
PAS Kuala Terengganu semalam mengumumkan memutuskan
kerjasama Raja Bahrin selepas beliau dikatakan mengisytiharkan diri
sebagai pengerusi Gerakan Harapan Baru (GBH), yang digerakkan kumpulan
yang tewas dalam pemilihan PAS.
Raja Bahrin bagaimanapun berkata beliau masih belum membuat apa-apa keputusan.
Sementara itu, beliau juga menyatakan rasa dukacitanya apabila mendakwa
terdapat kain rentang bertulis “Raja Bahrin pengkhianat” dinaikkan.
Raja Bahrin juga mempersoalkan kenapa “beliau terlalu istimewa” sehingga
dilayan begitu sedangkan terdapat pihak lain yang menyertai GBH tidak
dikenakan sebarang tindakan.
“Tindakan di Terengganu lain, tindakan di seluruh Malaysia lain.
“Kenapa saya diberi tindakan yang terlalu istimewa, saya dihukum
terpilih. Adakah kerana saya yang pertama di Terengganu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan