HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 Ogos 2015

Saya bercuti,' kata Abu Kassim


Tan Sri Abu Kassim
Tan Sri Abu Kassim Mohamed
 
 
SHAH ALAM – ‘Kehilangan’ Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam tempoh beberapa hari ini akhirnya terungkai.

Namun, usaha untuk mendapat maklumat balas lanjut berkenaan siasatan yang dijalankan SPRM dan beberapa tuduhan terhadap pegawainya hanya diberikan jawapan ringkas.
 
“Saya sedang bercuti, hubungi Mus (Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Itu jawapan ringkas Abu Kassim ketika diminta mengulas mengenai beberapa isu membabitkan siasatan badan itu termasuk mengenai pendedahan terbaru mereka.
 
Siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion bagaimanapun masih dijalankan SPRM.
 
 

Tiada ulasan: