HALAMAN SANTAI

Selasa, 20 Februari 2018

Azmin Bakal Tersungkur Disebabkan Isu Tanah Ijok

 
 


aalam.aabidullah – Untuk mereka yang belum baca mengenai isu ini, saya terangkan dengan ringkas.

1. 981 peneroka di Ijok telah memberikan tanah mereka kepada 2 syarikat swasta, tetapi mereka tidak mendapat pampasan yang dijanjikan.

2. TSKI merampas tanah tersebut selepas PRU12 kerana 2 syarikat terbabit gagal menunaikan pampasan dan juga tidak membayar cukai premium tanah. Beliau kemudian menyatakan akan memberikan pampasan yang lebih tinggi kepada peneroka kerana nilai tanah semakin meningkat.

3. Syarikat swasta tersebut kemudian telah mengheret kerajaan negeri Selangor ke mahkamah untuk mendapatkan kembali tanah tetapi keputusan memihak kepada Kerajaan Negeri Selangor di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

4. TSKI digulingkan melalui Kajang Move Rafizi. Azmin Ali menjadi Menteri Besar.

5. Syarikat membuat rayuan terakhir kepada Mahkamah Persekutuan.

6. Sebelum perbicaraan bermula, Azmin bersetuju membuat penyelesaian luar mahkamah dan menyerahkan kembali tanah tersebut kepada 2 syarikat swasta terbabit.

7. Syarikat swasta terbabit telah menjual tanah yang mereka dapat kembali itu kepada syarikat awam pada harga pasaran RM1.18 billion! . RM421 juta mereka bayar pampasan kepada peneroka.

8. Yang menjadi isu adalah untung atas angin yang diperoleh oleh syarikat terbabit iaitu RM757 juta. Kenapa mereka menjual tanah pada harga pasaran kepada syarikat awam terbabit, tetapi peneroka diberi pampasan pada harga 18 tahun dulu?

9. Inilah yang dipersoalkan oleh TSKI, adakah terdapat penyelesaian tepi? Di mana wang RM757 juta itu pergi?

10. Azmin dan kuncu2nya sekarang gusar dengan serangan bertalu-talu mengenai isu ini. Malah setiausaha Politik Azmin, Suhaimi menjawab dengan tidak profesional, beliau menuduh “adakah TSKI mahu memenuhi KPI UMNO dengan menyerang Azmin untuk menyertai BN?” (https://www.malaysiakini.com/news/412676)

11. Ketika kajang move dulu, PKR telah mengeluarkan laporan setebal 91 ms di mana diantaranya mereka menuduh TSKI bersekongkol dengan UMNO. TSKI telah mengheret mereka ke mahkamah yang berakhir dengan permohonan maaf oleh setiausaha agung PKR ketika itu, Saifudin Nasution.

Nampaknya fitnah memang menjadi darah daging mereka dengan menuduh sekali lagi TSKI bekerjasama dengan BN dalam menyerang Azmin dalam isu tanah Ijok ini.

Isu ini sepatutnya dijawab terus oleh Azmin Ali . Kenapa beliau hanya menyuruh macainya yang jawab? Sudah goyangkah?

Lampiran adalah temuramah TSKI di Berita Harian 19 Februari 2018.



Tiada ulasan: