SERI ISKANDAR: Polis akan memusnahkan sebutir bom lama seberat 45
kilogram (kg) yang ditemui di kebun sawit di belakang Bandar Universiti
di sini, petang Khamis.
Bom itu ditemui orang awam pada jam 5.30 petang, sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
Dipercayai bom lama seberat itu digunakan ketika perang dunia kedua.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah,
berkata bom itu akan dimusnahkan di lokasinya ditemui sebelum solat
Jumaat hari ini.
Justeru, katanya, orang ramai terutama di kawasan berhampiran diminta
mengambil maklum kerana mungkin kesan gegaran akan dirasai dalam radius
satu kilometer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan