shahbudindotcom
Susulan
perlekehan Khairy Jamaluddin bahawa Tun Mahathir Mohamad tidak mungkin
dapat membangunkan Langkawi tanpa UMNO dan BN, Pengerusi Pakatan Harapan
itu mencabar KJ bertarung dengannya di pulau itu dalam PRU 14 akan
datang ini.
Suruh dia bertanding dengan saya di Langkawi, kata Tun Mahathir.
Sebagai
seorang yang diketahui umum tidak mungkin mendapat jawatan dalam UMNO
dan kerajaan jika tidak menjadi menantu Pak Lah, KJ seharusnya berani
menunjukkan kejantanannya menyahut cabaran Tun Mahathir itu.
Setidak-tidaknya
dengan menyahut cabaran itu, KJ berani menunjukkan beliau mahu dan
boleh berdiri sendiri dalam karier politiknya.
Jika menang, KJ dengan sendirinya dapat membuktikan bahawa pengundi Langkawi lebih memilih UMNO dan BN berbanding Tun Mahathir.
Dengan
itu, maka benarlah UMNO dan BN yang membangunkan Langkawi dan yang
diharapkan oleh pengundinya untuk terus membangunkan pulau itu, bukannya
Tun Mahathir.
Kiranya
tewas pula, KJ akan membuktikan beliau tidaklah pelahap sangat dengan
jawatannya dalam kerajaan sekarang yang ditanggapi umum diperolehinya
kerana kedudukannya sebagai menantu kepada Pak Lah.
Sekurang-kurangnya, beliau akan dilihat sebagai berani dan jantan jugalah akhirnya, walaupun kehilangan jawatannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan