Ahli
JKKK Kampung Baru Felda Lurah Bilut, Sivakumar Manickam menunjukkan
gambar Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein di Muzium Felda Lurah Bilut,
Pahang. foto IQBAL BASRI,
BENTONG – Bapa borek, anak rintik, begitulah perumpamaan
paling tepat menggambarkan antara pengasas Felda, Allahyarham Tun Abdul
Razak Hussein dengan pencetus transformasi tanah rancangan itu, Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Felda pertama di Malaysia itu tidak terkecuali daripada arus
pembangunan dan terkini dengan peruntukan RM30 juta setahun, ia bakal
bertukar wajah daripada pertanian kepada bandar pintar sejajar dengan
kepesatan ekonomi digital. Replika contoh rumah peneroka di Muzium Felda Lurah Bilut, Pahang. foto IQBAL BASRI,
Lembah Digital Bilut yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak kurang 24 jam dari sekarang bakal mentransformasikan
tanah rancangan pertanian itu dengan kemudahan jalur lebar khususnya
capaian internet berkelajuan tinggi.
Menerusi inisiatif Felda 2.0, masyarakat peneroka berpeluang
menikmati limpahan ekonomi digital melalui bidang keusahawanan dalam
talian, pertanian moden serta ekopelancongan.
Sebagai permulaan, projek itu telahpun dimulakan dengan pembangunan
infrastuktur lain seperti Muzium FELDA, inap desa, taman rekreasi, ruang
perniagaan Dataran Tun Razak, landskap sungai serta laluan pejalan kaki
di tebing sungai sebagai tarikan pelancong. Replika contoh rumah peneroka di Muzium Felda Lurah Bilut, Pahang. foto IQBAL BASRI
Sebagai simbolik perasmian Felda 2.0 itu juga, Perdana Menteri yang
dijadualkan tiba kira-kira 2 petang nanti akan menjelajah beberapa
‘checkpoint’ utama dalam Lurah Bilut.
Sebelum Perdana Menteri memulakan jelajah ke Lembah Digital itu,
beliau berehat sebentar menikmati hidangan tengahari di kediaman
generasi ketiga Felda Lurah Bilut, Najwa Ahmad yang berdekatan dengan
stesen Petronas. Rumah
yang akan menjadi tempat rehat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak pada hari pelancaran Felda 2.0 di Feld Lurah Bilut, Pahang. foto
IQBAL BASRI
Pejabat Rancangan Felda Lurah Bilut yang diubah menjadi Muzium Felda
antara lokasi utama kunjungan Perdana Menteri yang mempamerkan sejarah
pembukaan tanah rancangan itu sejak 1958.
Selain itu, Perdana Menteri juga akan meniti jambatan kayu merentasi
Sungai Bilut iaitu Titian Razak yang pernah dilalui oleh ayahandanya,
Tun Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai ‘Bapa Pembangunan Negara’. Pintu masuk utama Muzium Felda Lurah Bilut, Pahang. foto IQBAL BASRI,
Lukisan mural di kilang baja turut mendapat perhatian Perdana Menteri
nanti dan ia menjadi lokasi berswafoto pemimpin negara itu bersama
masyarakat peneroka Felda yang hadir dari seluruh negara. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan