MALAYSIABARU.COM
KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya
membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik
keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz
yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik
bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.
“Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya.
Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC.
“Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender
terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini,” katanya kepada
pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat
Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan