HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 Februari 2018

Pembangkang Tiada Kerajaan Negeri Jika SPR Tak Cekap



MYNEWSHUB


KUALA LUMPUR – Parti pembangkang pasti tidak dapat menguasai beberapa negeri dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu jika sistem pengawasan dan pemantauan pilihan raya di negara ini tidak cekap.

Justeru, Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin mempersoalkan mengapa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggesa supaya pemantau negara asing dibawa masuk untuk PRU-14.

“Gesaan terdesak kem pembangkang ini hanya satu lagi mainan drama mereka untuk memburukkan imej kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

“Ia juga bagi mendapatkan perhatian dan simpati pengundi kononnya sistem pemantau PRU kita tidak cekap,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bersih 2.0 selama ini sering mendakwa mereka merupakan sebuah gerakan rakyat yang tidak berpartisan, namun tindak tanduk pertubuhan itu jelas menunjukkan ia adalah alat poembangkang untuk menumbangkan kerajaan Malaysia.

Organisasi yang sering melaungkan keadilan, hak asasi rakyat serta menuntut pilihan raya yang bersih itu ternyata cuma alat pembangkang yang berlindung di sebalik imej badan bukan kerajaan (NGO)

Terbaru, Bersih 2.0 secara terbuka mengkritik siasatan keatas Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung skandal kerugian tukaran matawang asing Bank Negara Malaysia (BNM) meskipun siasatan itu baru bermula.

Satu kenyataan rasmi Bersih 2.0 mengenai sambutan Hari Hak Asasi Sedunia 2016 turut mencerminkan nilai sebenar organisasi itu yang seolah-olah `sayap politik pembangkang’ ditugaskan menghasut pemikiran rakyat membenci kerajaan. -MYNEWSHUB.CC

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: