DETIK DAILY
Oleh Mohd Sayuti Omar
Selepas komponen PH
dapat menuntaskan isu siapa perdana menteri yang sebelum ini dijadikan
modal oleh BN untuk mengganyangkan komponen itu, kini PH berhadapan pula
dengan masalah pengagihan kerusi.
Perbalahan kerana pengagihan kerusi melatar di permukaan politik PH
hari ini. Di sana sini terdengar pihak yang kurang berpuas dengan
pembahagian kerusi. Ada yang mengatakan tidak adil, ada yang menuntut
hak yang lebih banyak dan ada juga yang bersikeras tidak mahu bertolak
ansur di antara satu sama lain.
Paling buruk sampai ada tuduh
menuduh menggunakan bahasa tidak sepatutnya; kamu tidak amanah dan kamu
pula tidak layak untuk jadi pemimpin, kamu baduT dan berbagai-bagai
lagi.
Ada juga yang sudah diam-diam memulau majlis PH kerana
tidak bersetuju dengan proses pengagihan kerusi. Ada yang sengaja
membawa anak buah ke luar negeri kerana enggan menghadiri majlis PH
kerana tidak berpuas hati dengan sesuatu.
Tidak cukup itu, ada
juga peristiwa sampai membaling kerusi dalam dewan persidangan, dan
macam-macam lagi. Semua itu berlaku kerana nafsu besar untuk mendapat
kerusi. Dimana perjuangan dan nawaitu mereka yang melaung untuk membela
rakyat? Apakah begitu cara berpolitik demi bangsa yang betul?
Kerenah yang berlaku itu tidak mencerminkan kepaduan dan keharmonian
dalam PH. Kesan daripada keadaan itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan
keyakinan rakyat kepada komponen berkenaan. Seharusnya PH mengelak
kejadian seperti itu yang mengimejkan keadaan buruk PH. PH harus
memaksimumkan kelemahan komponen itu sebarapa yang boleh.
Kita
percaya jika masalah ini tidak dapat diselesai segera ia akan diambil
kesempatan oleh Najib Razak untuk membubar parlimen dalam masa terdekat.
Dan masalah yang menimpa PH itu sedikit sebanyak dapat “cover” masalah
dan kelemahan UBN yang sebelum ini diperkatakan umum.
Dalam pada
itu majlis presiden PH seharusnya perlu lebih tegas dan telus dalam soal
pembahagian kerusi ini. Apa yang penting majlis presiden juga perlu
mengemukakan formula pengagihannya. Dan pimpinan di peringkat bawah
(pelaksana) pula seharusnya akur dengan formula yang dibentangkan itu.
Sejauh mana PH dapat mengatasi masalah ini, pembahagian kerusi tanpa
menimbulkan masalah ia menentukan keupayaan PH sebenarnya yang mana
keupayaan itu akan dijadikan bukti yang menyakinkan rakyat PH boleh
menjadi alternatif kepada BN

Tiada ulasan:
Catat Ulasan