HALAMAN SANTAI

Isnin, 19 Februari 2018

PH harus lebih ramai calon muda banding kitar semula, kata PKR Kelantan



PH harus lebih ramai calon muda banding kitar semula, kata PKR Kelantan

Pakatan Harapan (PH) dilihat memerlukan lebih ramai calon muda berkemampuan bagi mengisi kelompongan yang ada berbandingcalon kitar semula yang  sudah bergelumang dalam politik sejak tahun 80-an, kata Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa.

“Mereka perlukan idea baru yang lebih segar dan baru. Pemimpin di bawah usia 40 tahun perlu diketengahkan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Namun, tidaklah peranan pemimpin lama perlu dipinggirkan, pengalaman mereka juga ditagih.

“Pemimpin kitar semula yang dimaksudkan adalah pemimpin yang tidak membawa perubahan dan kekal statik dalam suasana politik kini dimana pengundi dahagakan sesuatu yang baru dan kreatif,” katanya seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Pemimpin yang sudah memasuki era emas menurut beliau, seharusnya lebih banyak memberi panduan dan nasihat serta menyediakan pemimpin pelapis untuk mengambil alih tempat mereka.

“Dinamik politik hari ini adalah satu cabaran getir dalam dunia politik, bagaimana sesebuah parti atau gabungan boleh meyakinkan rakyat tentang urus tadbir yang baik.

Tambah beliau, PH seharusnya sedar bahawa calon-calon yang dikitar semula ini ketandusan idea dan tiada pembaharuan yang dibawa.

“Seharusnya pemimpin muda yang mempunyai idea yang boleh digarap untuk kepentingan semua pihak ditampilkan dalam arus politik perdana hari ini sebagaimana negara-negara lain amalkan,” katanya.

Tiada ulasan: