SHAH ALAM: Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata
tiada jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyelesaikan isu agih
kerusi di negeri itu.
Azmin berkata Jawatankuasa Pilihan Raya Selangor yang kini digunakan
untuk rundingan agih kerusi mungkin akan ditukar namanya menjadi
Jawatankuasa Pengagihan Kerusi.
“Tiada jawatankuasa khas. Apa yang Dr Mahathir (Mohamad) kata adalah
kita ada jawatankuasa yang ditubuhkan seperti negeri lain dan kita telah
berjumpa empat kali.
“Kecuali jawatankuasa itu sebelum ini dikenali sebagai ‘Jawatankuasa
Pilihan Raya Negeri Selangor’ sekarang mereka mahu ubah kepada
‘Jawatankuasa Pengagihan Kerusi’, ahli jawatankuasa masih sama,” katanya
kepada wartawan pada sidang media di sebuah majlis di Masjid Taman Tun
Teja, Rawang.
Pengerusi PH Dr Mahathir sebelum ini mengumumkan jawatankuasa khas bagi
PH Selangor menyelesaikan isu agih kerusi di negeri itu.
Azmin juga mengatakan pembahagian kerusi PH negeri belum dimuktamadkan
dan beliau menekankan PH akan memperuntukkan kerusi berasaskan
“kebolehmenangan” parti komponennya.
“Saya pasti jika kita ada konsensus, kita boleh atasi semua perkara,
kerana saya fikir di Selangor, lebih daripada 80% sudah ada konsensus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan