Ketua Pakar Ekonomi Kumpulan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), Suhaimi Ilias berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyebut kemungkinan kajian semula mengenai Bantuan Sara Hidup dan bayaran kebajikan sosial lain untuk menjadikannya lebih cekap.
“Oleh itu, saya fikir ia boleh menjadi petunjuk untuk mengubah sedikit beberapa sistem subsidi pada tahun depan.
“Ini kerana kerajaan hanya komited kepada beberapa sistem subsidi yang ada sekarang yang dinikmati semua orang dari segi harga tetap RON95 sehingga akhir tahun ini,” katanya selepas sesi prestasi pasaran separuh kedua Maybank IB di sini, hari ini.
Suhaimi berkata, kerajaan mahu memastikan ekonomi akan kekal mesra perniagaan dan Bajet 2019 dijangka meningkatkan ekonomi Malaysia dan memberi tumpuan kepada pelaburan swasta dan menarik pelaburan langsung asing.
Sementara itu, pasaran saham dijangka diniaga dalam jajaran kecil sepanjang tahun, selain optimis pembentangan Bajet 2019 dapat meningkatkan sentimen.
Selain itu, pelabur akan lebih jelas mengenai dasar dan keyakinan terhadap sasaran fiskal kerajaan.
“Walaupun berlaku kelembapan, masih terdapat banyak momentum dalam ekonomi dan peralihan aliran perdagangan akan memberi manfaat kepada ekonomi lain,” katanya.
Para pelabur harus selektif dalam memilih saham mereka di tengah-tengah keadaan mencabar semasa sambil mengutamakan asas yang kukuh.
Pendekatan pemilihan saham sebagai sebahagian daripada strategi pelaburan jangka panjang untuk separuh kedua 2018.
Antara pilihan utama ialah Inari Amertron Bhd, Genting Bhd, AMMB Holdings Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Yinson Holdings Bhd, ARON Co (M) Bhd, Bermaz Auto Bhd dan Allianz Malaysia Bhd.
Maybank IB kini mempunyai penarafan berlebihan pada sektor automotif, perjudian, minyak dan gas dan teknologi.
"Di samping itu, ia mendapati dengan kejelasan lanjut mengenai dasar baru yang dilaksana kerajaan, risiko pengawalseliaan dalam sektor seperti telekomunikasi dan pembinaan akan mula hilang, yang boleh menyebabkan pemulihan sentimen pelabur, katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan