PHAN RANG, Vietnam:
Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS Pusat (PASRelief) dengan kerjasama
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah melaksanakan
ibadah korban untuk umat Islam di wilayah ini semalam.
Delegasi PASRelief itu diketuai, Ahli
Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat, Dr Rosni Adam bersama enam anggota lain, termasuk dari
kumpulan Facebook Titian Kasih.
Menurut Ustaz Tarmizi, misi ini
dilakukan kerana umat Islam yang merupakan minoriti di Vietnam hidup
dalam keramaian rakyat beragama Buddha di mana mereka jarang diziarahi
masyarakat Islam dari negara lain.
Tambah beliau, ini dirumitkan lagi
dengan wujudnya dua kumpulan Islam di sana iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah
dan Cham Bani yang masing-masing menguasai empat dan tujuh masjid.
Jelas beliau, program ini juga merupakan
antara inisiatif kumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk mendekatkan diri
dengan kumpulan Cham Bani dan seterusnya menarik mereka kembali kepada
fitrah Islam yang sebenar.
Sebanyak 10 lembu dan 50 kambing telah
disumbangkan untuk dikorbankan dan dagingnya diagihkan kepada penduduk
Islam di sini yang kebanyakan mereka adalah petani dan penternak miskin.
Beliau juga dalam pada itu, menyeru
orang ramai untuk terus memberi sumbangan kepada PASRelief demi
menjalankan misi membantu saudara se-Islam di serata tempat di dunia
ini.
Sumbangan boleh dilakukan untuk Tabung
Kemanusiaan PASRelief di akaun Maybank 5640 7061 2333 atau menghubungi
Pengarahnya, Muhammad Sanusi Md Nor di talian 012-596 9220. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan