Salah satu cara yang boleh diambil adalah dengan melelong kapal tersebut namun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merancang untuk membuka bidaan bagi kapal layar mewah berkenaan.
Begitupun, Ketua VesselsValue (syarikat berpengkalan di London menilai harga kapal), Sam Tucker memaklumkan proses penjualan kapal kadangkala memakan masa selama bertahun-tahun.
“Biasanya penjualan kapal akan melibatkan penjual bekerjasama dengan broker. Jadi, broker ini akan mengiklankan penjualan itu menggunakan pelbagai cara kepada prospek pembeli.
“Apabila pembeli munculkan diri maka proses survey dan tawar-menawar bermula. Kadangkala kapal berada di pasaran selama beberapa tahun sebelum berjaya dijual,” katanya memetik laporan The Star, hari ini.
Dalam pada itu, Tucker menjelaskan tidak ramai berminat untuk membeli kapal layar mewah dalam pasaran dan situasi itu sebenarnya sama dengan sebelum ini, tidak pernah berubah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Jho Low selar kerajaan mahu jual Equanimity]
[ARTIKEL BERKAITAN: Tun M mahu jual segera kapal Equanimity]
Menurutnya, sebuah kapal layar, Anastasia yang dibina di tempat sama dengan Equanimity tetapi saiznya lebih kecil dijual pada harga RM321 juta baru-baru ini.
Ketika ditanya adakah Equanimity boleh dijual dengan harga RM761 juta seperti diniliai VesselsValue, Tucker berpendapat ia boleh dijual pada harga tersebut asalkan keadaan kapal masih baik.
“Jika kapal itu dijual dengan cepat seperti dalam lelongan misalnya, mungkin harganya sedikit rendah berbanding jika ia diiklankan dan dijual seperti biasa.
“Mengekalkan keadaan Equanimity adalah penting kerana ia merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan penurunan harga kapal,” ujarnya.
Difahamkan, penurunan harga untuk kapal layar mewah seperti itu adalah sekitar 20 peratus selepas tahun pertama, lima ke 10 peratus untuk tahun kedua, lima ke tujuh peratus untuk tahun ketiga dan lima peratus lagi bagi tahun-tahun berikutnya.
Dalam pada itu, Tucker menjelaskan pencemaran air dan asap di sekitar Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang tidak akan menyebabkan banyak kerosakan kepada kapal tersebut.
“Impak yang ada adalah jurutera dan krew kapal perlu membersihkan beberapa bahagian dalam kapal itu dan ia biasanya adalah tugas rutin untuk kapal sebesar itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bahagian dalam The Equanimity kelihatan mewah ]
“Selagi krew terus membersihkan kapal itu maka sepatutnya tiada kesan kerosakan jangka masa panjang kepada kapal tersebut,” jelasnya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan mengatakan kapal mewah dikatakan milik ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho (Jho Low) bakal rosak disebabkan terdedah dengan persekitaran tidak sihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan