Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menghabiskan
ambang tahun baru dengan terperangkap di penempatan Orang Asli di
Kampung Semoi Lama di Cameron Highlands.
“Saya terperangkap untuk menghabiskan ambang tahun baru 2019 di Kampung Orang Asli Semoi Lama, terputus semua hubungan dari dunia luar.
“Ini adalah pengalaman pertama saya dalam 77 tahun yang pedihnya (berlaku) pada zaman komunikasi segera di mana maklumat bergerak pada kelajuan cahaya,” kata Kit Siang dalam suatu kenyataan hari ini.
Kejadian berlaku apabila jalan masuk dan keluar ke kampung berkenaan terputus hubungan kerana rosak teruk. Dipercayai akibat keadaan cuaca buruk, selain faktor kemudahan awam seperti jaringan komunikasi dan laluan pengangkutan yang teruk.
“Pengalaman tak terduga ini suatu yang tidak ternilai, kerana ia menggambarkan dengan jelas kegagalan kerajaan Umno / Barisan Nasional dalam menaik taraf kemudahan masyarakat Orang Asli.
Terputus dari dunia luar
MP Iskandar Puteri berkata selain dirinya, turut terperangkap MP Bentong Wong Tack, Adun Tanah Rata Chiong Yoke Kong, bekas calon PH untuk Cameron Highlands pada PRU14 lalu, M Manogaram.
"Saya terperangkap bersama ahli parlimen Bentong, Adun Tanah Rata, bekas calon Pakatan Harapan untuk Cameron Highlands, dan konvoi 12 kenderaan, di Kampung Orang Asli Semoi Lama sepatutnya menunjukkan keadaan hidup dan kedudukan Orang Ali yang mengejutkan.
“(Hal ini) patut menjadi kempen utama pilihan raya kecil Cameron Highlands, kerana sudah tiba masanya untuk menghapuskan kemiskinan Orang Asli, kemunduran dan pengasingan setelah enam dekad pembinaan negara, " jelasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan