MAJLISNYA pelancaran
jentera Pilihan Raya PKR Cameron Highlands. Yang melancarkannya Dr Lee
Boon Chye PKR. Turut hadir Ketua Cabang PKR Tan Wei Wun, Adun DAP Tanah
Rata Chiong Yoke Kiong dan bakal calon DAP M.Manogaran.
Dan yang ditonjolkan kiranya DAP menang
Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands ia bakal menjadi pemangkin buat PH
merampas Pahang dari penguasaan Umno.
Apa yang anda lihat?
Saya bukan mahu menjadi rasis tetapi
bacaan "on face value" saya ini himpunan pimpinan bukan Melayu PKR dan
DAP sebagaimana dilaporkan NST dan agendanya spesifik menggunakan PRK
ini untuk merobohkan kerajaan Pahang pimpinan Datuk Seri Wan Rosdy.
Apa perasaan anda?
Kalau tiada berasa apa-apa maka cukuplah setakat itu.
Tetapi jika anda merasakan gusar, cemas
dan bimbang bakal jatuh pula kerajaan didominasi orang Melayu Islam
setelah Kerajaan Persekutuan PRU lalu jatuh dan kini tertakluk pada
dominasi bukan Melayu maka kita sama.
Cukup-cukuplah kuasa politik Melayu
digunakan untuk menaikkan kerajaan yang didominasi kelompok bukan
Melayu. Cukuplah kita buta politik sejak PRU14 lalu sehingga dirobek dan
disiat-siat kuasa di tangan demi memenuhi nafsu agenda perjuangan orang
lain.
Saya bukan mahu menghasut umat Melayu
tetapi marilah sama-sama kita ingat mengingati dan berpesan-pesan demi
kebaikan, nasib dan masa depan bersama.
Cameron Highlands kalau mahu dijadikan
alat memusnahkan kuasa dan dominasi umat Melayu Islam di Pahang
bangkitlah kita menggagalkannya.
Jangan disengat di lubang yang sama berulang-kali.
Jangan roboh Kota Melaka sedang kita duduk diam membisu tanpa maruah dan harga diri. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan