KATA MP | Jumlah subsidi
petrol dan diesel untuk 11 bulan pertama 2018 adalah sebanyak RM4,890
Juta dan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan tidak mengambil keuntungan
dari harga runcit produk petroleum dan tidak mengenakan cukai jualan
terhadap RON95 atau diesel.
Sebenarnya, kerajaan telah memberi subsidi petrol dan diesel pada bulan November, walaupun pada kos yang lebih rendah berbanding bulan-bulan terdahulu.
Rekod rasmi terkini menunjukkan bahawa pada bulan November 2018, Kerajaan telah membelanjakan RM4.1 Juta untuk subsidi petrol RON95 sepanjang bulan tersebut.
Pada bulan yang sama, kerajaan telah membelanjakan RM209.1 Juta untuk subsidi diesel.
Sabah, Sarawak guna diesel
Jumlah keseluruhan kos subsidi bulanan 2018 sehingga bulan November adalah seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah.
Kerajaan ini nekad untuk terus bersikap telus. Sekiranya apabila harga-harga APM (mekanisme harga automatik) terus menurun, kerajaan akan mengurangkan harga tersebut supaya rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada harga minyak yang rendah.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kerajaan akan melaksanakan mekanisme pengapungan pada Januari 2019 di mana harga runcit akan menurun secara mingguan jika harga APM terus menurun.
Jika harga APM meningkat, harga runcit akan distabilkan kepada kadar semasa iaitu RM2.20 per liter bagi RON95 dan RM2.18 per liter bagi diesel.
Apabila kerajaan melancarkan program subsidi petrol bersasar sebelum akhir tahun ini kelak, harga petrol dan diesel akan diapungkan sepenuhnya mengikut harga pasaran.
* LIM GUAN ENG ialah Menteri Kewangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan