HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Januari 2019

UK tawar bantuan untuk Malaysia perangi rasuah

 
   
United Kingdom (UK) sedia membantu Pakatan Harapan (PH) dalam usaha reformasi dan memerangi rasuah.

Setiausaha Luar UK, Jeremy Hunt berkata demikian dalam hubungan hormatnya ke Wisma Putra hari ini.

“[...] Anda begitu memandang berat untuk mencapai peralihan kuasa yang aman, yang juga julung-julung kali berlaku dalam sejarah Malaysia. Itu adalah langkah yang amat penting.

“Sudah tentu UK bersedia membantu dan menyokong kamu dalam apa cara sekalipun, terutamanya dalam usaha kerajaan untuk membanteras rasuah,” katanya dalam satu sidang media bersama Menteri Luar Saifuddin Abdullah di Wisma Putra hari ini.

Saifuddin dalam ucapan balasnya, mengalu-alukan pelawaan wakil UK tersebut.

“Kita harap dapat mencapai kerjasama dalam beberapa hal, contohnya memajukan proses demokrasi dalam kerajaan baru ini.

“Kita juga mengalu-alukan tawaran kerajaan British untuk membantu kita dalam agenda reformasi, terutamanya dalam transformasi perkhidmatan awam," katanya lagi.

Hunt dijadualkan melakukan kunjungan hormat bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum bertemu Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Selesaikan krisis pelarian Rohingya.

Selain itu, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk bekerjasama dalam isu penghantaran balik pelarian Rohingya.

Kata Saifuddin, kedua-dua negara mempunyai 'pendirian serupa' berhubung krisis kemanusiaan tersebut.


Menurut Hunt, kerajaan UK turut mahu bekerjasama dengan negara-negara Asean lain bagi menyelesaikan isu itu.

“Malaysia dan UK sangat komited untuk bekerjasama bagi menyelesaikan krisis ini.

“[...] Kami mahu bekerja dengan Malaysia, dengan Asean dan juga PBB bagi memastikan kita mencapai kemajuan dalam isu tersebut,” katanya lagi.

Tiada ulasan: