
Hampir 200 orang menunjuk perasaan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Kampung Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis

“Sila nyatakan dengan jelas bahawa imam-imam ini dipecat adalah kerana mereka mengamalkan bacaan bismillah secara jelas sebelum al-fatihah, membaca qunut pada solat Subuh, membaca Yasin pada malam Jumaat serta berzikir dan membaca doa kuat selepas solat fardhu,” kata jurucakap himpunan, Zainol Abidin Ahmad.
Mereka membawa kain rentang tertera “tukar mufti bukan tukar imam” sambil melaungkan bantahan terhadap pemecatan itu.
Satu kain rentang turut tertulis “Biar tak ada orang di masjid, janji ikut mufti”.

Tunjuk perasaan yang bermula pada 2.30 petang tadi itu berlangsung secara aman dan bersurai 30 minit kemudian. Keselamatan dikawal polis.
Himpunan ini menyusuli laporan 25 orang imam di Perlis dipecat dan lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain.
Exco Agama Islam Perlis, Ruzaini Rais berkata tindakan terhadap imam-imam berkenaan di luar bidang kuasa kerajaan negeri, dan bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Surat pemecatan dan pertukaran imam-imam terbabit bertarikh 31 Disember lepas ditandatangani oleh pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Hazman Hassan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan