HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Januari 2019

PEMIMPIN PH TAK TAHU PERJANJIAN MAHATHIR – ANWAR


Pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak pernah didedahkan mengenai kandungan perjanjian antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tempoh jawatan Perdana Menteri yang disandang Pengerusi PPBM.

Menurut salah seorang pemimpin kanan PH yang enggan namanya didedahkan berkata, baik dalam mesyuarat Majlis Presiden PH sekalipun kandungan perjanjian itu tidak pernah didedahkan.

Malah, mereka hanya mengetahui melalui media kononnya wujud perjanjian untuk Mahathir menerajui negara selama dua tahun sebelum menyerahkan kepada Anwar.

“Kami tidak tahu sama ada perjanjian itu wujud ataupun tidak, yang kami semua hanya mengetahui perkara itu melalui media massa saja.

“Kandungan perjanjian itu (jika ada), tidak pernah didedahkan kepada pemimpin PH.

“Wujud atau tidak perjanjian itu pun kami tidak tahu,” katanya kepada Watan -Online.

Sebelum menang PRU14 lalu, Mahathir mendakwa beliau hanya mahu memegang jawatan perdana menteri selama dua tahun dan akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.

Bagaimanapun pada Perhimpunan Agung Tahunan PPBM minggu lalu, parti itu meluluskan usul supaya Mahathir menerajui negara bagi tempoh sepenggal.

Keputusan iti dilihat bercanggah dengan “perjanjian” Mahathir sebelum ini yang mendakwa hanya mahu menjadi perdana menteri sementara.


Tiada ulasan: