HALAMAN SANTAI

Ahad, 13 Oktober 2019

Hampir 100 kawasan Hulu Langat alami gangguan bekalan air

Lima pam air mentah tidak dapat beroperasi dan berlaku penyusutan 
pengeluaran air terawat kepada pengguna Hulu Langat. (Gambar 
Bernama)
 
PETALING JAYA: Beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini akibat kerosakan pada sistem elektrikal Loji Rawatan Air Sungai Langat.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berkata terdapat 95 kawasan di wilayah itu terjejas antaranya Balakong, Bandar Mahkota Cheras, Batu 9-16 Hulu Langat, Sungai Long, Cheras Permai, Taman Megah dan beberapa lagi taman perumahan.

“Insiden ini menyebabkan lima pam air mentah tidak dapat beroperasi dan berlaku penyusutan pengeluaran air terawat sebanyak 180 MLD dari pengeluaran harian sebanyak 470 MLD.

“Pasukan teknikal kami sedang berusaha mengatasi masalah ini dan meminimumkan impak gangguan bekalan kepada pelanggan yang terjejas,” kata Air Selangor dalam kenyataan.

Syarikat itu juga menyediakan bantuan lori tangki air ke kawasan terjejas.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300 atau WhatsApp ke 019-2800919 atau 019-2816793 untuk bantuan kecemasan.
Kawasan terjejas

Tiada ulasan: