HALAMAN SANTAI

Ahad, 13 Oktober 2019

LTTE: Seeman akan dipantau, mungkin disekat masuk

Kumara Sabapatty
MGF13102019_PC-PENANGKAPAN-LTTE04
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bercakap pada sidang media khas berhubung tangkapan suspek yang dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas pemberontak Tamil Eelam (LTTE) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL
 
KUALA LUMPUR -Polis akan memantau pergerakan Ketua Penyelaras Parti NAAM Tamilar di Selatan India, Seeman Senthamilan serta beberpa pemimpin India lain yang dipercayai penyokong tegar Kumpulan Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang kerap melawat negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada siasatan pasukan antikeganasan ke atas 12 suspek yang ditahan setakat ini mengenai sejauh mana peranan pemimpin itu dalam mempromosi pergerakan LTTE di negara ini.

“Kita akan siasat lanjut sejauh mana peranan beliau (Seeman) dalam mempromosi atau mungkin melibatkan kewangan atau mungkin memberi nasihat untuk elemen-elemen LTTE di Malaysia, kita akan lihat.

“Kalau ada asas, kita akan membuat permohonan kepada pihak imigresen untuk menyekat beliau daripada memasuki negara ini.kita sedia maklum memang Seeman banyak kali masuk dan memang begitu rapat dengan elemen LTTE di Malaysia yang bergerak di selatan India, Tamil Naadu seperti sedia maklum,” katanya pada sidang media hari ini.

Ayub Khan berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan pemimpin-pemimpin politik tempatan yang mengambil gambar dengan pemimpin politik luar khususnya dari Tamil Naadu seperti Seeman.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: