HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Disember 2017

Biarlah Najib jadi diktator terakhir buat Malaysia

OLEH: NURUL IZZAH ANWAR




Seperti yang saya tegaskan sebelumnya, kita merupakan pakatan yang terbina atas dasar prinsip reformasi dan keadilan, bukan atas dasar harta, kebendaan, ataupun kepentingan mahupun kesengsaraan peribadi.

Sebahagian daripada prinsip menuntut keadilan memerlukan pengakuan kesilapan lampau, penerimaan agenda reformasi demi merubah sistem bobrok yang melahirkan diktator demi diktator.

Kita perlu mengorak langkah yakin ke depan, demi memacu harapan untuk membina masa depan Malaysia yang lebih baik.

Tindakan Tun Mahathir membantu melahirkan kepercayaan secara progresif dan mengambil kira kebimbangan dan kepentingan ramai.

Hanya Allah jualah yang mengetahui apa yang terbuku di sudut hati setiap manusia, dan kepadaNya jualah kita harus serahkan sebarang penghakiman.

Reformasi sistem wajib dilaksanakan kerana sistem yang sama telah melahirkan diktator demi diktator.

Kita mulakan langkah ke depan berbekalkan semangat 1998, demi menuai kemenangan 2018 dengan memastikan PM Najib Razak menjadi diktator terakhir buat Malaysia.

Saya terima permohonan maaf dan keterlibatan Tun Mahathir dalam usaha menyelamatkan masa depan Malaysia.

Biarlah Najib menjadi diktator terakhir buat Malaysia.

Jadikan masa depan, milik kita.

* Nurul Izzah Anwar adalah Naib Presiden KEADILAN

Satu lagi kawasan wabak rabies diisytihar di Sarawak

SELANGORKINI




KUCHING : Satu lagi kawasan baru wabak rabies diisytiharkan di Sarawak, menjadikan jumlahnya kini 27.

Jawatankuasa pengurusan Bencana Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Timbalan Ketua Menteri yang juga pengerusi jawatankuasa itu Datuk Douglas Uggah Embas hari ini mengisytiharkan kawasan SMK Julau No 1, Julau, di bahagian Sarikei, sebagai kawasan terbaru wabak Rabies.

“Memandangkan kawasan kampung ini berada di luar daripada 10km radius kawasan yang telah diisytihar sebagai kawasan wabak rabies, maka kawasan ini adalah merupakan kawasan ke-27 wabak rabies,” menurut kenyataan itu.

Bahagian Serian mencatatkan jumlah kawasan diisytihar wabak rabies paling tinggi, menjangkau 20 kawasan, disusuli dengan bahagian Kuching (4), dan masing-masing satu kawasan di bahagian Samarahan, Sri Aman dan Sarikei.

Menurut kenyataan itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak akan mengadakan Mesyuarat Khas Rabies pada 2 Januari ini yang akan dipengerusikan oleh Douglas Uggah bagi membincangkan langkah-langkah dan strategi bagi mengekang wabak rabies daripada terus merebak ke kawasan lain.

Sebelum ini kawasan terakhir yang diumumkan sebagai kawasan ke-26 wabak rabies atau penyakit anjing gila di Sarawak ialah pada 23 Okt lepas membabitkan kawasan Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya, di bahagian Samarahan.

Sesiapa boleh tanding di Putrajaya

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Umno tidak mempunyai halangan sekiranya ada parti politik atau individu termasuk Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berminat untuk bertanding  di kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
 
Setiausaha Agung Umno yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata sesiapa saja mempunyai hak untuk bertanding di kerusi berkenaan, kerana  Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
 
"Saya tiada masalah, dia (Dr Mahathir) boleh bertanding di mana-mana. Kita adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, (sama ada mewakili parti atau bebas) sesiapa saja yang nak bertanding pun boleh. Pada saya tiada masalah.
 
"Pada saya, sebagai kerajaan yang memerintah hari ini, kita akan terus bekerja keras demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat. Apa yang kita lakukan demi rakyat.
 
"Saya yakin rakyat lebih tahu menilai untuk memilih mana yang baik dan sebaliknya," katanya mengulas kenyataan Dr Mahathir, semalam yang mungkin bertanding satu kerusi Parlimen sama ada Putrajaya, Kubang Pasu atau Langkawi pada PRU-14 akan datang.
 
Beliau ditemui pada sidang media sempena Program Jom Kembali ke Sekolah dan Jom Potong Rambut di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1) di sini, hari ini.
 
Program berkenaan yang diadakan dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) membabitkan kira-kira 400 pelajar yang mendapatkan khidmat gunting rambut percuma daripada pelajar GiatMARA.
 
Pada program itu turut diedarkan 300 beg sekolah untuk keperluan murid pada sesi persekolahan 2018, bermula Selasa ini.
 
Tengku Adnan berkata, jika PPBM benar-benar mahu jadi sebuah pertubuhan siasah yang akan membela nasib rakyat, perjuangan yang dibawa mesti terbukti menuju ke arah itu.
 
"Saya dengar ucapan mereka semalam (dalam Perhimpunan Agung PPBM), kenapa lebih banyak dan hanya bawa fitnah dan buruk-burukkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO? Tun M bertalu-talu menuduh, memburukkan dan mengecam Perdana Menteri.
 
"Saya berkeyakinan rakyat akan sedar mereka ini adalah seperti parti serpihan lain yang mungkin ditubuhkan kerana rasa sakit hati, ego, dendam dan hanya ingin mencapai matlamat masing-masing," katanya.
 
 

Dr Mahathir mohon maaf pada siapa? soal Umno

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Permohonan maaf yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan pelbagai persoalan ekoran kata maaf itu tidak dinyatakan secara jelas ia ditujukan kepada siapa.
 
Justeru Bendahari Umno Datuk Seri Salleh Said Keruak, mendesak Dr Mahathir memperincikan permohonan maaf yang disuarakannya, ketika menyampaikan ucapan dasar perhimpunan agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), semalam.
 
"Mahathir cuba maksudkan kerugian tukaran asing, skandal Maminco (pada tahun 1980-an), memenjarakan (Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim, krisis perlembagaan atau Perwaja (Steel Sdn Bhd)?
 
"Sebaliknya, beliau meminta maaf terhadap semua kesalahan yang dilakukannya sepanjang 22 tahun menyandang jawatan Perdana Menteri?" katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman blog rasminya, hari ini.
 
Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM menyifatkan dirinya sebagai manusia biasa dan tidak lari daripada melakukan kesilapan, justeru mengemukakan permohonan maaf secara terbuka ketika mengakhiri ucapan dasar yang disampaikan di Pusat Konvensyen Ideal, di Shah Alam.
 
Bagaimanapun, Mahathir menjelaskan permohonan maaf itu tidak bermakna dirinya terbabit dalam melakukan kesalahan, sebaliknya bersifat umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak atau dikaitkan dengan sebarang peristiwa.
 
Salleh berkata, tindakan bekas Perdana Menteri berusia 93 tahun itu sekadar cuba 'menyelitkan' sesuatu elemen penyambung ketika berucap di atas pentas.
 
"Ia sama dengan cara kita cakap 'oh ya... sebelum saya mengundur diri'. Permohonan maaf seperti itu sangat umum dan boleh diterjemahkan kepada pelbagai maksud.
 
"Jika beliau (Dr Mahathir) ikhlas nak minta maaf, maka ia perlu lebih terperinci dengan menyatakan pada pihak mana permohonan itu ditujukan.
 
"Sekiranya tiada penjelasan lanjut, permohonan maaf seperti ini boleh diketepikan kerana tidak mengandungi sebarang butiran atau digunakan sebagai 'tiket berlindung' apabila timbul keperluan untuk berbuat demikian.
 
"Apa sekali pun, permohonan maaf Dr Mahathir adalah sekadar alasan terhadap semua kesalahannya dengan mengatakan manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan, justeru jangan tuding jari kepadanya kerana beliau hanya manusia biasa," katanya

Dulu sekat sekarang Tun M perjuang kebebasan media

Nizam Zain
Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Ideal Convention Centre Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 
 

SHAH ALAM – Bagai meludah ke langit.

Itu perumpamaan sesuai kepada hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu mengembalikan kebebasan bersuara khususnya oleh pengamal media di negara ini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ternyata mudah lupa kerana semasa 22 tahun pentadbirannya – kebebasan media dikongkong malah sesiapa yang bersuara menentangnya pula akan disumbat ke penjara.

“Kebebasan bersuara oleh individu dan media akan kita kembalikan. Polis tidak lagi akan menyuruh orang tertentu dari parti kerajaan membuat laporan polis terhadap ucapan rakyat, pemimpin mereka atau media sosial.

“Ugutan akan disiasat oleh polis sudah dijadikan alat pemerintahan (Datuk Seri) Najib (Razak) untuk melindung jenayahnya.

“Kita sedih kerana polis juga tidak patuh undang-undang dan aturan peraturan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung PPBM kali pertama di Pusat Konvensyen Darul Ehsan di sini hari ini.

Lebih malang lagi apabila ucapan dasar bekas perdana menteri itu dipenuhi dengan tohmahan, cacian dan kata-kata fitnah terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet.

“UMNO sudah dihijack oleh Najib dan UMNO bukan milik rakyat lagi. UMNO Najib sekarang bukan UMNO yang ditubuh oleh rakyat pada 11 Mei 1946.

“Undi bagi UMNO sekarang ialah undi untuk kleptokrasi atau kerajaan perasuah, pencuri dan penyangak dan bukan kerajaan demokrasi rakyat.

“UMNO sekarang berjuang semata-mata untuk pertahan Najib. UMNO sudah dimiliki oleh Najib untuk Najib,” dakwanya.

Mahathir juga melabelkan pentadbiran Najib sebagai kuku besi sedangkan pengamal media dan sesiapa sahaja kini bebas bersuara khususnya dalam laman sosial.

“Apabila laporan polis dibuat terhadap Najib, orang yang melapor yang disiasat, disoal, dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah. Begitu juga dengan whistle-blower atau pendedah maklumat.

“Mereka yang mendedahkan penyelewengan dan jenayah yang dilakukan dalam kerajaan, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhad kepada mengenal orang itu dan menyoalnya sebagai orang bersalah kerana membocor rahsia kerajaan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.


Exco Pemuda UMNO dalang penipuan agensi pelancongan?

Kasthuri Jeevendran
Sebahagian mangsa penipuan agensi pelancongan berkumpul dan membuat sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL,
 

KUALA LUMPUR – Sebuah agensi pelancongan yang dipercayai didalangi oleh beberapa individu berpengaruh termasuk seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO didakwa menipu dan menyeleweng wang sebanyak hampir RM1 juta.

Syarikat pelancongan tersebut didakwa telah menipu seramai 347 pengguna yang membeli pakej pelancongan ke luar negara termasuk Eropah, Asia dan Turki.

Salah seorang mangsa yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan itu, Arffain Haji Mohamed, 61, mendakwa, pihaknya telah membuat berpuluh-puluh laporan polis terhadap syarikat tersebut namun sampai sekarang tiada sebarang tindakan.

Jelas Arffain, pemilik syarikat berkenaan yang turut diterajui oleh ahli keluarga terdekat dipercayai mempunyai pengaruh sehingga menjadikan mereka ‘kebal’.

“Sebenarnya syarikat ini telah banyak menipu pelangganya yang rata-rata dari mereka sebenarnya adalah Melayu dan pesara serta warga emas.

“Niat kami hanya mahu melancong dan kami tertarik dengan pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat ini kerana ternyata mereka jauh lebih murah. Padahnya, apabila tiba tarikh untuk terbang ke destinasi, baru kami sedar telah ditipu.

“Pada awalnya, kami cuba berunding secara baik dengan syarikat ini namun mereka bukan sahaja tidak mahu membayar kembali wang kami malah ‘bongkak’ kerana rasa mereka kebal,” katanya dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman hari ini.

Arffain yang juga merupakan seorang pesara tentera bersama-sama mangsa lain yang telah ditipu turut membuat laporan kepada polis namun pihaknya belum dimaklumkan dengan apa-apa maklumat.

“Kami sebenarnya kecewa kerana suara kami seolah-olah tidak didengari, pihak berkuasa juga seolah-olah buat tidak endah sahaja. Adakah kerana yang terlibat ini mempunyai kuasa serta pengaruh politik?

“Kami sangat berharap, TDK tampil telus dan memulangkan kembali wang kami. Kami tidak akan berhenti berjuang sehingga wang kami dipulangkan. Nilainya bukan sedikit malah sekiranya pihak berkuasa lepas tangan, mungkin nilai penipuan akan meningkat dua kali ganda,” tegasnya.

Setiap mangsa akan diminta membayar wang deposit sebanyak RM500 dan ke atas selepas membuat pilihan pakej pelancongan ke destinasi masing-masing.

Mereka kemudian akan diminta membuat pembayaran penuh sebelum 45 hari dari tarikh penerbangan tersebut.

Setiap transaksi dilakukan melalui kaedah perbankan online.

Dalam pada itu, seorang pesara dari Kementerian Pelancongan, Noor Mazenah, 60, melahirkan kekesalan kerana beliau telah ditipu sebanyak RM12,350 pakej ke Korea.

“Apa yang paling saya kesalkan, pihak syarikat tidak langsung takut untuk menipu walaupun mereka mengetahui saya adalah pesara dari Kementerian Pelancongan.

“Saya telah menulis surat rasmi kepada mereka malah ada memberitahu mereka saya tidak teragak-agak untuk membuat aduan kepada Tribunal Pengguna namun semua ini tidak diendahkan.

“Kami rasa sangat teraniya sebenarnya, begitu senang sekali mereka menipu dan masih lagi meneruskan perniagaan pelancongan tanpa apa-apa sekatan,” ujarnya.

Usaha Malaysia Gazette menghubungi pemilik syarikat terbabit gagal dan mesej yang dihantar tidak dibalas.- MalaysiaGazette


Empat buah rumah di Kampung Baru terbakar

Muhammad Azizul Osman
Kebakaran yang berlaku di jalan Raja Uda di Kampung Baru sebentar tadi.
 

KUALA LUMPUR – Empat rumah penduduk di Jalan Raja Uda, Kampung Baru di sini terbakar hari ini.

Memetik laporan Harian Metro Online, kebakaran dipercayai bermula jam 9.30 pagi tadi melibatkan deretan rumah setingkat yang dibina daripada kayu.

Difahamkan, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat sudah berada di tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api.

Maklumat mengenai punca kejadian dan laporan mangsa cedera atau terkorban masih dalam siasatan. -MalaysiaGazette.

LIHAT VIDEO DI SINI

Nur Jazlan tak percaya bila diktator berjanji

Muhamad Izwan Mohd Zubit


Nur Jazlan Mohamed
KUALA LUMPUR – Janji Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengembalikan hak kebebasan bersuara tidak boleh dipercayai, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Timbalan Menteri Dalam Negeri menyifatkan janji dibuat Mahathir itu sukar dipercayai kerana beliau adalah seorang pemimpin diktator semasa pentadbirannya malah terkenal memenjarakan musuh politiknya.

“Bolehkah harimau bintang padam bintik-bintik pada badannya.. tak bolehkan? Dulu siapa yang guna ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), Ops Lalang demi kepentingan dia, sekarang ini dia sudah terkeluar dan tidak lagi memegang kuasa. Sekarang dia hanya nak memastikan anaknya dapat jadi Perdana Menteri suatu hari nanti, sama ada menggunakan kenderaan BN (Barisan Nasional) atau pembangkang itulah matlamatnya.

“Saya tidak percaya dia akan bertindak liberal dan memberi kebebasan bersuara yang bertentangan dengan jiwanya yang sebenar iaitu seorang yang diktatorial,” beliau dipetik berkata dalam satu program di Johor hari ini.

Jazlan mengulas janji Mahathir untuk mengembalikan hak bersuara semasa Perhimpunan Agung Tahunan PPBM hari ini.

Nur Jazlan juga mendakwa Mahathir hanya mempunyai kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata.

“Lidah dia bercabang, sekejap dia kata sayang UMNO, kemudian dia kritik UMNO. Akhirnya kepentingan diri dia sendiri merupakan matlamat utama, saya tak menolak kemungkinan dia menggunakan pendekatan serampang dua mata.

“Sekarang dia bersama pembangkang, lepas pru nanti saya tak menolak kemungkinan dia kembali kepada  UMNO dengan syarat-syarat tertentu, ini perangai Tun Mahathir” katanya. – MalaysiaGazette

Raja Petra mabuk, cakap pun tak betul – Tun M

Nizam Zain
Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas selesai Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Ideal Convention Centre Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI
 

SHAH ALAM – Segala kenyataan yang dibuat penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin tidak boleh dipercayai kerana beliau seorang ‘kaki botol’ dan tidak berada di negara ini.

Demikian tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mengulas dakwaan penulis blog itu membuat rundingan dengan pemimpin Barisan Nasional.

“Saya hairan tanya soalan berkenaan dengan Raja Petra. Dia itu mabuk, dia minum selalu, dia tak bercakap betul, dia tak tahu apa, dia duduk di London.

“Ini kerana dia dapat sogokan daripada orang tertentu, anda tekalah siapa orang itu,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pusat Konvensyen Ideal  hari ini.
Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengangkat tangan tanda sempurnanya 
perhimpunan sambil diiringi Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kiri), 
Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua kanan) dan Timbalan 
Presiden PPBM, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman (kanan) pada Perhimpunan
 Agung Tahunan PPBM di Ideal Convention Centre Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI,
Beliau mengulas dakwaan Raja Petra di portal berita Malaysia-Today semalam wujud rundingan antara Mahathir dengan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan semula Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke dalam BN.

Ia bertujuan bagi membolehkan Mukhriz bertanding pada PRU-14 sebelum dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika BN memenangi dua pertiga dalam pilihan raya itu dan membentuk Kerajaan Persekutuan.

Mahathir juga berkata, tindakan Raja Petra itu juga yang kerap mengeluarkan kenyataan politik bukan hanya memburukkan beliau sebaliknya ia merugikan pihak yang menajanya.

“Dia sekejap-sekejap mesti keluar kenyataan yang sebenarnya memburukkan bukan saya tapi orang yang bayar duit kepada dia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.


Kerajaan mahu ekstradisi rakyat Malaysia ditahan di Pakistan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata rakyat Malaysia yang terlibat dalam kes penyeludupan senjata api di Pakistan baru-baru ini wajar diekstradisi dalam usaha mengesan rangkaian serta tindakan yang telah dirancang berkaitan aktiviti keganasan.
 
Kata Nur Jazlan, kerajaan tidak boleh membiarkan mana-mana rakyat Malaysia yang terlibat dengan aktiviti keganasan hidup bebas di negara lain, apatah lagi suspek terbabit dipercayai mempunyai matlamat kembali ke Malaysia dan akan membuat keganasan.
 
“Kita pihak polis sentiasa bekerja ke arah membenteras aktiviti keganasan dan terbukti rakyat Malaysia ini (suspek) cuba membawa balik senjata dan sebagainya ke Malaysia yang bertujuan untuk melakukan aktiviti keganasan.
 
“Kita tetap hendak dia (suspek) balik, dia mesti ada rangkaian rakan-rakan dan kita hendak tahu apa yg dia sudah rancang untuk dilakukan,” katanya dipetik Astro Awani.
 
Nur Jazlan berkata pihaknya kini sedang meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi proses ekstradisi lelaki yang berasal dari Serian, Sarawak itu.
 
Pada 22 Disember lalu, pemuda itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, Pakistan ketika hendak menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur melalui Bangkok menggunakan penerbangan Thai Airways.
 
Lelaki itu ditahan bersama empat pistol, lapan kelopak peluru dan 70 peluru yang disembunyikan dalam ruangan rahsia pada kotak barangan serta tapak kasut miliknya.