Usaha dimulakan dengan melepaskan lebih 600 ekor anak ikan ke dalam sungai tersebut sebagai permulaan tagal.
KINABATANGAN:
Selepas enam buah sistem tagal yang dilaksanakan di beberapa buah
sungai di daerah Tongod berjaya memberi kesedaran kepada penduduk
setempat berhubung pentingnya menjaga hidupan sungai, kini 3 lagi tagal
dilancarkan di kampung Langkabong, Tongod. Sistem tagal yang dilancarkan
adalah bagi sungai Langkabong, Napagang dan Mananam.
Pelaksanaan tiga sistem tagal di daerah itu yang dilancarkan oleh
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuamut, Masiung Banah juga
antara bagi menyokong usaha proaktif penduduk kampung di kawasan luar
bandar menjadikan sungai antara kawasan terpelihara.
Usaha dimulakan dengan melepaskan lebih 600 ekor anak ikan ke dalam sungai tersebut sebagai permulaan tagal.
Bagi Abdul Amit Pengerusi Tagal Kampung Langkabong berkata, usaha
menagal sungai amat baik demi generasi akan datang agar mereka dapat
mengetahui serba sedikit mengenai hutan alam kerana kalau tidak
dilindungi satu masa akan pupus, tidak dapat diperlihatkan kepada
generasi akan datang.
Bagi Lasais Francis, seorang penduduk kampong Langkabong pula
berkata, system tagal yang dilaksanakan amat baik supaya ekosistem,
ekopelancongan bukan sahaja dapat wujudkan tetapi untuk kesinambungan
anak-anak, cucu-cucu masa akan datang supaya dapat melihat hidupan
sungai.
Sementara bagi Deeazurnna Lasais seorang belia kampung Langkabong
pula mengharapkan agar pihak kerajaan akan memandang serius dengan dapat
memberi bantuan system tagal yang diadakan bagi menarik lebih ramai
pelancong datang ke Tongod.
Sementara itu, Pegawai Penguasa Perikanan Daerah Telupid/Tongod,
Charles Francis ketika ditemui wartawan berkata, sistem tagal sejak
dilaksanakan secara serius sejak tahun lalu di kawasan Tongod telah
memberi impak positif dalam aspek penjagaan hidupan sungai.
“Apa yang kita dapat lihat banyak di kawasan negeri Sabah ini sudah
sungai tercemar kawasan pedalaman, terutamanya kawasan air tawar banyak
lagi sungai-sungai perlu yang masih kita perlu selamatkan dan salah satu
program menyelamatkannya ialah menagal sungai tersebut tetapi
melibatkan dua pihak iaitu kerajaan dan masyarakat, katanya di sini”.
Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung
Banah pula berkata, sistem Tagal yang diamalkan di kawasan luar bandar
di negeri ini antara salah satu cara menyokong usaha kerajaan menjadi
kegiatan pelancongan sebagai industri dan punca pendapatan utama
kerajaan.
Bagaimanapun kejayaan sistem yang diamalkan itu bergantung kepada
kerjasama dan komitmen pemimpin di peringkat akar umbi dan penduduk
kampung terbabit.
Beliau turut berkata, pelancaran sistem tagal ini selaras dengan
pelancaran Jom Cari Kawasan Pelancongan Baru di Kuamut bagi
mengeksploitasi lebih banyak kawasan menarik yang sesuai dijadikan
kawasan eko-pelancongan bermula tahun hadapan.
“Melalui sistem tagal ini kita dapat mendidik khususnya di bawah
pemantauan Jabatan Perikanan kita dapat mendidik masyarakat pemeliharaan
alam sekitar, sumber-sumber sungai yang ada, jelasnya”.
Antara tagal yang sedang dilaksanakan di DUN Kuamut adalah tagal
sungai Entilibon, Simpang Entilibon, Kironggo, Minusuh dan Sanan.
Pada masa sama, Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut akan
mengadakan Program Jom Cari Produk Pelancongan DUN Kuamut dalam usaha
mempromosi kawasan-kawasan menarik di negeri ini.
Usaha itu dilaksanakan selaras usaha kerajaan dalam menjadikan industri pelancongan sebagai sumber pendapatan negeri ini.
Setakat ini pejabat DUN Kuamut sudah mengenalpasti kawasan Air Terjun
Tuntunon sesuai dijadikan sebagai kawasan rekreasi yang mampu menarik
kehadiran pelancong tempatan sekiranya kawasan tersebut diperindahkan.
“Sebab itu kita harus membantu usaha kerajaan untuk satu kenalpasti
pusat-pyusat pelancongan di seluruh negeri Sabah dan kawasan Kuamut
tidak terkecuali dan yang kedua kita pada masa sama memohon kerajaan
supaya memberi bantuan dalam apa jua yang terdaya untuk bangunkan
pusat-pusat pelancongan di Kuamut ini, katanya ketika ditemui media pada
majlis itu di sini.”
Menurutnya, ia dilaksanakan melalui aktiviti eko-pelancongan dengan
membina kemudahan asas seperti gerai jualan, tandas awam, pondok rehat
dan kemudahan rekreasi.
Beliau turut menyuarakan keyakinan lebih banyak kawasan menarik dalam
DUN Kuamut berpotensi dimajukan sebagai kawasan pelancongan berikutan
mempunyai hutan yang masih belum diteroka atau dieksploitasi sepenuhnya.