Penganut Hindu boikot Batu Caves.
Mengenai jumlah kehadiran di Batu Caves yang tidak seramai tahun-tahun sebelumnya, Thanenthiran berkata ia menunjukkan orang ramai tidak memaafkan jawatankuasa kuil Batu Caves. “Ribuan orang berada di Batu Caves pada 25 November (himpunan Hindraf). Mereka menyaksikan apa yang berlaku dan mereka akan menceritakannya kepada beribu-ribu orang lagi," katanya.
malaysiakini
Perayaan Thaipusam di Kuil Batu Caves menyaksikan kehadiran penganut agama Hindu tidak seramai tahun-tahun sebelumnya, dipercayai ekoran wujudnya kempen supaya memboikot perayaan tersebut.
Pengunjung ke Batu Caves semalam dan pagi ini melaporkan, jumlah kehadiran berkurangan tahun ini, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana jumlah penganut yang hadir mencecah lagi sejuta orang.
Seorang pengunjung tetap, ahli perniagaan S Babu, 32, berkata beliau datang ke kuil tersebut pada jam 6 pagi tadi dan terperanjat mendapat tiada kesesakan di situ.
“Pada tahun-tahun sebelumnya, nak berjalan pun susah. Pagi ini, bagaimanapun, mudah sekali berjalan di situ,” kata Babu.
Seorang lagi pengunjung ke Batu Caves berkata, satu mesej dimainkan berulangkali melalui sistem pengumum pembesar suara, yang merujuk kepada satu boikot.
“Mesej tersebut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir di Batu Caves walaupun wujud SMS yang disebarkan (menggesa supaya memboikot sambutan Thaipusam)," katanya.
Samy: Jumlah kedatangan serupa
Menurut AFP, terdapat SMS yang menggesa penganut agama Hindu yang datang ke Batu Caves supaya membaling selipar mereka ke arah pemimpin politik, termasuk Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
Menteri Kerja Raya itu yang dituduh telah mengabaikan kepentingan penduduk kawasan pilihanrayanya, bagaimanapun, berkata kira-kira setengah juta orang hadir di komplek tersebut dan sejuta lagi pada hari sebelumnya.
Samy Vellu dipetik oleh Bernama sebagai berkata, penyebaran SMS yang menghasut kaum India supaya memboikot sambutan Thaipusam ternyata gagal apabila beratus ribu penganut Hindu membanjiri Batu Caves hari ini.
Katanya, sehingga tengah hari ini, tidak kurang 500,000 pengunjung dari dalam dan luar negara membanjiri kawasan sekitar Batu Caves sempena sambutan Thaipusam hari ini.
Beliau berkata, penyebaran SMS oleh pihak tidak bertanggungjawab, termasuk menghasut penganut Hindu melontarkan selipar kepada mereka yang menyampaikan ucapan pada majlis hari ini, ternyata gagal, dengan 1.1 juta orang dijangka berkunjung ke Batu Caves sehingga petang ini.
"Saya rasa orang yang `beriman' tidak akan peduli dengan pesanan nakal itu," katanya kepada pemberita.
Samy Vellu menyifatkan penyebaran SMS itu tidak mengubah keadaan masyarakat India, sebaliknya menggambarkan penghantar pesanan itu sebagai seorang yang nakal dan mempunyai "minda berkualiti rendah".
Beliau seterusnya meminta kaum India bersatu menyokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang terbukti memperjuangkan hak serta kepentingan semua kaum di Malaysia termasuk masyarakat India.
Samy Vellu turut menyentuh mengenai usaha MIC menghantar 3,000 pelajar India ke universiti luar negara dengan 1,600 mengikuti kursus bidang perubatan bagi meningkatkan martabat kaum itu.
Katanya MIC sentiasa sedar tentang tanggungjawabnya untuk membantu kaum India sejak negara merdeka 50 tahun lalu.
Sementara itu Samu Vellu juga menyampaikan penghargaan kepada kerajaan kerana mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bagaimanapun beliau menolak dakwaan kononnya pengisytiharan cuti umum itu bertujuan memancing sokongan kaum India menjelang pilihanraya umum.
Seramai 1,000 anggota polis dan trafik, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertugas di sekitar Batu Caves tahun ini.
Sejak perhimpunan Hindraf pada 25 November lalu, SMS yang menggesa supaya memulaukan jawatankuasa kuil Batu Caves telah disebarkan.
Pengurus kuil tersebut yang ada kaitan dengan MIC, dituduhkan membantu polis bertindak keras terhadap perhimpunan penyokong HIndraf November lalu, dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.
Ketika dihubungi, Penyelaras Hindraf, RS Thanenthiran menafikan dakwaan bahawa pergerakan itu terbabit dalam kempen boikot tersebut.
“Tidak, kami tidak boleh minta orang memboikot Lord Murugan...," katanya.
Mengenai jumlah kehadiran di Batu Caves yang tidak seramai tahun-tahun sebelumnya, Thanenthiran berkata ia menunjukkan orang ramai tidak memaafkan jawatankuasa kuil Batu Caves.
“Ribuan orang berada di Batu Caves pada 25 November. Mereka menyaksikan apa yang berlaku dan mereka akan menceritakannya kepada beribu-ribu orang lagi," katanya.
Bayaran dikurangkan
Sehingga ini, tidak jelas apa yang sebenarnya berlaku dalam insiden 25 November lalu.
Sesetengah pihak mendakwa, polis mengunci ribuan 'penyokong Hindraf' dalam kawasan Batu Caves pada awal pagi 25 November sebelum menembak gas pemedih mata dan air kimia ke arah mereka.
Mereka berhimpun di kuil tersebut sebelum bergerak ke ibunegara untuk meyertai orang ramai yang menyertai perhimpunan Hindraf kemudiannya.
Mungkin ekoran kempen boikot tersebut, jawatankuasa kuil berkenaan menjadi bayaran RM10 untuk membawa persembahan sebagai pilihan.
“Terpulang kepada anda. Tetapi jika tiada yang bayar, bagaimana kita hendak menyambut Thaipusam? Kita perlukan wang untuk menganjurkan sambutan dan untuk membersihkan kawasan kuil," kata Setiausahanya, M Devarajoo dalam laporan akhbar the Sun.
Devarajoo berkata bayaran untuk kanak-kanak membawa persembahan - periuk berisi susu (paal kudam) atau kavadi - telah dikurangkan dari RM10 kepada RM5.
Beberapa peniaga dan penganut bersungut kerana kehadiran yang tidak ramai dan berkata kaum India perlu bekerjasama untuk menjayakan perjuangan mereka.
"Jumlah orang ramai biasanya dua atau tiga kali ganda kehadiran hari ini. Sekarang jumlahnya tidak ramai, jadi tidak meriah," kata N Kumaran, 41, seorang kakitangan kerajaan yang menghadiri perayaan tersebut sejak 14 tahun lalu.
Penjual gula-gula, Joga Singh berkata kehadiran tidak ramai dan peniaga lain juga tidak untung tahun ini.
"Saya rasa orang ramai takut datang kerana penyebaran SMS supaya memulaukannya. Perniagaan kami teruk kerananya," katanya kepada AFP.
2 ulasan:
To say there was a complete boycott of the Thaipusam festival at Batu Caves would be not be correct as the more religious people would still observe the significance of it The wire news agencies put the turnout in tens of thousands whereas the Official Spin media still had the 1/2 Million figures as at noon swelling perhaps to 1 Million. Whatever it is the pictures tell the story. On the day before the big event, the crowds were not there and a number of the larger stalls were still unoccupied. The temple official explanation ‘This year we had reduced the number of stalls to give people more walking space.... and the charges of the stalls were from RM100, to RM300 depending on the sizes. Two of the owners were complain the stall cost RM3000 & almost RM6000 in rental and suffered losses.
However the crowds did pick up with the arrival of the Chariot carry Lord Murugan from ChinaTown temple. As to the SMSs that were floating around the whole of the week before Thaipusam, Samy Vellus had this to say of them:
”These are nasty, nasty low graded fellows. Their mind is not the high quality mind – low quality mind. They don’t have the capacity to think, capacity do things in a manner that complies with the law & order”
More details, pics & video clip
Go H E R E
Samyvellu is just like a dog. A barking dog of UMNO. It keeps on barking. Let it barks. We know waht we are going to do in the election. We will show them.
”These are nasty, nasty low graded fellows. Their mind is not the high quality mind – low quality mind. They don’t have the capacity to think, capacity do things in a manner that complies with the law & order”
The dog thinks that it still can manipulates the Indian community's trust on MIC and UNMO led Govt. The dog thinks it still can use the gangster style management on the Indians
We are smart now. This a new whole Indians generation. We can think for ourselves. We showed the dog and the UMNO led Govt what we could do during the HIndraf protest.
Beware. The dog cancall us low graded fellows. The dog can call us low quality mind. The dog can call us whatever name it wanrs. We will teach the dog and the UMNO led Govt a lesson.
Catat Ulasan