HALAMAN SANTAI

Isnin, 21 Januari 2008

PM isytihar Thaipusam cuti umum di Kuala Lumpur, Putrajaya.

KUALA LUMPUR: Thaipusam kini hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula dengan perayaan tahun ini yang disambut pada Rabu, 23 Jan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Ahad.

Perdana Menteri berkata kerajaan membuat keputusan itu sebagaimenghormati permintaan masyarakat India dan penganut agama Hindu.

"Lagipun, setiap kali sambutan Thaipusam, jalan raya di Kuala Lumpur sesak sekali," katanya dan pengumuman beliau itu disambut tepukan gemuruh lebih 21,000 anggota dan penyokong MIC yang menghadiri Majlis PemimpinBersama Rakyat di Stadium Badminton Kuala Lumpur di sini.

Sebelum ini, Thaipusam merupakan cuti umum bagi Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Masyarakat India, terutama di Kuala Lumpur, telah lama mengharapkan kerajaan mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum dan ketika merasmikan Pesta Ponggal di Jalan Masjid India malam tadi, Perdana Menteri berjanjiuntuk menimbangkan permintaan mereka.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu merakamkan penghargaannya bagi pihak kaum India atas keputusan kerajaan itu.

Beliau memberitahu BERNAMA sejurus selepas pengumuman itu bahawa MIC mengharapkan Thaipusam dijadikan cuti umum bagi seluruh negara, namun parti tu tetap gembira walaupun ia hanya melibatkan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagi negerinegeri lain, Samy Vellu berkata beliau akan berbincang dengan Menterimenteri Besar dan Ketua Menteri mengenainya.

Cuti umum itu akan membolehkan lebih ramai penganut agama Hindu, khususnya dari Selangor dan Kuala Lumpur, berkumpul di Batu Caves untuk menyambut Thaipusam tahun ini, katanya.

"Saya sendiri tidak perlu menghadiri mesyuarat Kabinet Rabu ini kerana Putrajaya juga bercuti. Maka saya akan berada di Batu Caves nanti," kata Menteri Kerja Raya itu.
Sudah lebih sedekad MIC memohon Thaipusam dijadikan cuti umum.

Samy Vellu berkata dia telah membincangkan perkara itu dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu lepas supaya Thaipusam diisytiharkan sebagai cuti umum, setidak-tidak di Kuala Lumpur.
BERNAMA

Tiada ulasan: