Suara rakyat desak hapuskan ISA.
Oleh: Norlaila Othman.
Menjelang tahun 2008, seramai 90 tahanan ISA, masih merengkok di Kem Tahanan Kamunting. Mereka ditahan antara tiga minggu dan enam tahun tanpa pernah diberi peluang untuk membela diri di hadapan Hakim yang benar-benar adil dan berwibawa.
Sejarah 47 tahun usia ISA telah membuktikan selain dari ahli keluarga tahanan ISA, peranan aktivis dan rakyat amatlah besar, berharga lagi bernilai untuk turut memberi ingatan kepada penguasa ISA yang zalim itu; supaya segera membebaskan tahanan dan memberitahu pada Menteri Dalam Negeri atau Perdana Menteri bahawa rakyat amat bencikan kejahatan ISA dan seterusnya, buang saja akta lapuk yang zalim itu.
Mari kita hayati apa kata sebahagian kecil dari mereka yang sempat dihubungi menjelang tahun baru 2008 lalu:-
Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi GMI yang juga Timbalan Presiden Jamaah Islah Malaysia.
"Pecahkan tembok terkongkong, bugar minda rakyat untuk berani kerana benar, berjuang banteras kezaliman ISA dan bebaskan tahanan enam tahun ISA."
Anfaal Saari Sungib, aktivis Kelab Remaja Islah (KARISMA).
"Selamat Tahun Baru 2008. Moga tahun ini lebih banyak lembaran baik buat semua. Moga semua tahanan ISA di bebaskan segera. Mansuh ISA."
Nashita Mohd Noor aktivis GMI.
"... geram dengan pemerintah yang zalim. Nak sedarkan rakyat supaya jangan takut dengan pemerintah yang zalim itu. Jangan takut dengan ISA. Semua tahanan mesti dibebaskan..."
Toni Kassim, Kordinator SUARAM.
"Pertama sekali, sudah tentu agar yang masih ditahan dibebaskan. Penahanan terbaru 2007 telah mencelikkan mata satu lagi lapisan masyarakat terhadap kejamnya ISA dan berharap momentum ini dikekalkan walaupun ramai masih takut dan ISA diperlukan. Ini menunjukkan usaha kesedaran awam kita masih banyak yang harus dilakukan agar satu hari nanti ISA akan tinggal habuk!"
Dr Lo' Lo' Ghazali, AJK PAS Pusat.
"Saya sentiasa ingat sahabat-sahabat yang diuji lebih hebat..."
Dr Naza, rakyat Malaysia yang selalu bersimpati dengan mangsa ISA.
"Ila... Kehidupan ini Allah yang jadikan susahnya. Setiap kesusahan, ada kaffarah. Kita semua harus hadapinya dengan tabah..."
Mun Hui, koordinator SUARAM.
"Semoga pembabitan kita semua untuk menegakkan hak asasi dan berjuang untuk demokrasi, tidak mustahil Malaysia yang baru akan muncul..."
Nasaie, aktivis GAMIS.
"...makin zalim manusia itu, makin dekat dengan kejatuhan!"
Ust Badrul Amin, bekas tahanan ISA dan isteri, Kak Zumrah.
"Satu hari nanti, kebenaran akan datang menyebelahi kamu."
Amer Hamzah Arshad, peguam tahanan ISA.
"Orang yang Allah sayang lagi banyak dugaannya... lagi lama berjuang tanpa kompromi, lebih manis kejayaan itu nanti."
Ambiga Sreenevasan, Presiden Majlis Peguam.
"Pembebasan tahanan ISA adalah perkara utama dalam senarai harapan Tahun Baru Majlis Peguam."
Harapan Tahanan ISA di Kem Kamunting.
Saya mewakili suami dan juga tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting, berharap sangat supaya sokongan dan dokongan semua lapisan masyarakat dapat diteruskan, supaya semua mereka yang ditahan tanpa bicara itu; tanpa mengira bangsa atau ugama, samada yang baru 3 minggu ditahan mahupun yang sudah 6 tahun merengkok di sana, semuanya dibebaskan dan dikembalikan kepangkuan keluarga masing-masing.
Norlaila Othman,
Pusat sokongan Keluarga GMI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan