HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Januari 2008

Sultan Mizan tarik balik gelaran Datuk peguam.



PUTRAJAYA: Sultan Terengganu menarik balik gelaran Datuk daripada seorang peguam yang mempunyai firma guaman sendiri, Mokhtar Ngah, 55.

Pengelola Istana Terengganu, Mohd Yasim Awang berkata keputusan itu diambil selepas berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Terengganu.

"Baginda telah membatal dan memansuhkan lantikan Haji Mokhtar bin Haji Ngah K/P: 530819-11-5139 ini dalam Peringkat Darjah Dato Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Yang Amat Terpilih (D.S.M.Z.)," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Baginda juga memerintahkan nama Mokhtar dihapuskan dalam daftar mulai 18 Disember 2007.

Mohd Yasim berkata Mokhtar yang berasal dari Terengganu telah dikurniakan D.S.M.Z pada 20 Julai 2002.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut sebab penarikan balik gelaran itu. BERNAMA

Tiada ulasan: