M,ALAYSIAKINI
Satu janin manusia dipercayai berusia tiga bulan ditemui dalam tandas
perempuan sebuah sekolah menengah di Machang Bubok, di Bukit Mertajam
semalam.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, seorang
guru di sekolah berkenaan menemui janin tersebut sebelum memaklumkan
kepada polis.
"Sepasukan polis dihantar ke lokasi berkenaan dan menjalankan
pemeriksaan, janin itu ditemui di atas lantai dalam tandas tersebut.
"Siasatan oleh Unit Forensik mendapati kematian janin tersebut kerana
keguguran dan polis menghantar janin tersebut ke Hospital Bukit Mertajam
untuk bedah siasat," katanya semalam.
Beliau berkata polis turut merekodkan keterangan beberapa individu termasukguru di sekolah berkenaan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata,siasatan lanjut sedang dijalankan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan