SHAH ALAM - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang disifatkan
lebih tegas diyakini mampu mengendalikan isu panas dalam sidang Dun yang
bermula hari ini.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis
Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata,
berdasarkan rekod Azmin selaku Adun Bukit Antarabangsa, beliau dilihat
lantang ketika berbahas dan pendekatan yang sama pasti akan digunakan
dalam sidang Dun kali ini.
"Azmin dan Tan Sri Abdul Khalid berbeza. Menteri besar yang dulu agak
lembut dan 'steady' dalam perbahasan berbanding Azmin yang lebih lantang
dan tegas.
"Ketegasan itu menjadi 'trend' beliau. Saya harap beliau boleh kekalkan
momentum yang sama dalam sidang kali ini," katanya kepada Sinar Harian,
semalam.
Selain itu katanya, rakyat juga pasti menunggu pengumuman wang rizab
negeri yang dikatakan akan digunakan untuk kepentingan rakyat.
"Rizab negeri cukup banyak dan persoalannya adakah benar Azmin realisasikan janji beliau untuk guna wang itu," katanya.
Beliau turut menjangkakan jumlah wang pampasan yang diluluskan
Perbadanan Menteri Besar (MBI) kepada lapan bekas pegawai Abdul Khalid
sebagai isu panas.
"Bagi saya, serahkan saja kepada SPRM. Pendedahan perlu kerana ia libatkan integriti, tapi usah dipanjang lagi," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan