HALAMAN SANTAI

Isnin, 19 Februari 2018

3 Mei perbicaraan kes Cikgu Idzahril

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
NIBONG TEBAL: Mahkamah Majistret Jawi di sini menetapkan 3 Mei ini untuk perbicaraan kes seorang guru, Noor Idzahril Ahmad, yang didakwa memukul seorang murid, pada Ogos tahun lalu.
 
Majistret Hizween Azleena Othman Kamal menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan telah mengemukakan laporan perubatan pada sebutan akhir kes itu hari ini.
 
Peguam Mohd Fadhly Yaacob berkata, pihaknya akan meneliti segala dokumen yang diperlukan dan meneliti laporan perubatan yang diterima.
 
"Pihak pendakwaan telah serahkan laporan perubatan mangsa pada sebutan akhir kes hari ini dan mahkamah tetapkan tarikh perbicaraan pada 3 Mei ini.
 
"Kami belum putuskan berapa saksi yang akan dipanggil," katanya ketika ditemui di perkarangan mahkamah, di sini.
 
 

Tiada ulasan: