OLEH HAFIZAN TAIB
SHAH
ALAM- Exco Kerajaan Negeri, Amirudin Shari menjelaskan Kerajaan
Selangor tidak pernah menjadikan bidang sukan termasuk bola sepak
sebagai landasan politik bagi meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya
umum (PRU) akan datang.
Malah, katanya, perkara sebegitu juga
tidak sesuai dan sewajarnya tidak dijadikan isu demi kepentingan politik
pihak tertentu termasuk Umno-Barisan Nasional (BN).
“Bola
sepak bukan menjadi tempat untuk mainan politik dan Kerajaan Negeri
tidak pernah menggunakannya sebagai landasan politik kepartian.
“Ia agak bertentangan dengan norma dan juga citarasa bola sepak yang sebenar,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.
Exco
Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan itu berkata
demikian mengulas tawaran Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, yang
memaklumkan Umno-BN akan memgembalikan Stadium Shah Alam kepada pasukan
Selangor sekiranya mereka berjaya mengambilalih pentadbiran Kerajaan
Negeri selepas PRU14 nanti.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak mengambil langkah populis itu bagi menyelesaikan masalah membabitkan FAS.
Katanya,
apa dipentingkan Kerajaan Negeri adalah membetulkan keadaan yang
berlaku dan meletakkannya kembali kepada landasan betul.
“Saya rasa rakyat Selangor juga tidak akan buta mata semata-mata dengan isu stadium bagi membuat keputusan dalam pilihan raya.
“Ini kerana pilihan raya membabitkan masa depan yang panjang dan bukan hanya berkaitan bola sepak,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan