KUALA LUMPUR: Dua anggota polis berpangkat Koperal antara 15 individu
lelaki ditahan positif dadah sewaktu serbuan di sebuah pusat karaoke di
Taman Perindustrian Sekinchan, awal Sabtu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, ketika dihubungi agensi
berita berkata, anggota polis berusia 32 dan 45 tahun itu didapati
positif dadah jenis amphetamin dan methampetamine.
Beliau berkata serbuan pada jam 2 pagi oleh Jabatan Integriti dan
Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman itu turut menahan tiga lelaki
kerana memiliki 16 biji pil ectasy dan enam biji Eramin 5.
Dalam serbuan itu, JIPS juga menyelamatkan tiga wanita Vietnam dan dua wanita Thailand dipercayai pekerja pusat karaoke itu.
Susulan itu, tiga lelaki warga tempatan bertindak sebagai majikan,
ejen dan saksi ditahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIP).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan