HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 Februari 2018

Jangan cemas lihat 'kekecohan' di Perlis, kata polis

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA PERLIS: Orang ramai di Perlis diingatkan tidak cemas melihat ‘kekecohan’ yang berlaku di lokasi tertentu di negeri ini.
 
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata insiden tersebut adalah sebahagian latihan simulasi pilihan raya umum (PRU) ‘EX Undi Per PRU14’ yang diadakan serentak hari ini di kawasan Parlimen Kangar, Arau dan Padang Besar.
 
“Latihan ini akan diadakan beberapa kali lagi bertujuan mempersiapkan anggota polis bagi menghadapi situasi sebenar PRU agar mereka dapat mengawal situasi dengan penuh profesional,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Kuala Perlis hari ini.
 
Katanya latihan hari ini disertai anggota bahagian Trafik, Light Strike Force (LSF) dan pasukan bantuan.
 
 

Tiada ulasan: