GEORGETOWN: "Kopi itu diberi rakan perempuan sekerja kami. Saya baru
hirup sedikit dan terus rasa panas serta pening kepala," kata seorang
mangsa kopi campuran segera, Sapkota Mangal Prasad.
Sapkota, 45, yang juga warga Nepal berkata, dia dan rakannya, Bishnu
Shretsna, 41, kali pertama merasai kopi itu dan tidak menyangka ia
memberi kesan buruk kepada mereka.
"Saya minum kopi itu bersama Bishnu pada jam 9.30 pagi untuk sarapan ketika di tempat kerja.
"Tidak lama kemudian, saya terus pening kepala dan rasa seperti
berpusing dengan laju. Saya hanya sedar selepas berada di hospital,"
katanya yang sudah tinggal di Malaysia selama 14 tahun.
Terdahulu, Sapkota dan Bishnu menerima kunjungan Konsul Nepal di
Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini,
hari ini.
Sementara itu, Cheng Guan berkata, pihaknya masih menunggu laporan
analisis sampel kopi berkenaan daripada Jabatan Kesihatan Negeri dan
Kementerian Kesihatan.
"Saya harap pihak berwajib dapat menyiasat perkara ini dengan
terperinci kerana kita tidak mahu ada orang lain pula yang menjadi
mangsa selepas ini," katanya.
Semalam, Jabatan Kesihatan Negeri mengesahkan lima individu menerima
rawatan di HPP, selepas minum sejenis kopi campuran segera.
Video Sapkota dan Bishnu mengalami gejala lemah dan letih keterlaluan selepas minum kopi berkenaan viral di media sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan