HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 Februari 2018

Lelaki ditemui lemas ketika menjaring ketam

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
Telok Kemang: Seorang pengawal keselamatan dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti menjaring ketam di pantai Batu 1, Port Dickson, di sini awal pagi tadi.
 
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad berkata, mangsa, Shaiful Zaman Abdul Jabbar, 39, dipercayai dihanyutkan arus laut dalam kejadian kira-kira pukul 2.55 pagi.
 
Katanya, sebelum itu, mangsa pergi ke pantai berkenaan  bersama empat ahli keluarga dan rakan-rakannya.
 
“Ketika menjaring ketam tiba-tiba semua mereka dihanyutkan arus laut.
 
“Bagaimanapun, empat daripada mereka berjaya naik ke darat dan memaklumkan kejadian itu kepada polis,” katanya di sini hari ini.
 
Menurutnya, mayat mangsa telah ditemukan kira-kira pukul 7.07 pagi tadi oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang .
 
Mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk tindakan lanjut.
 
 

Tiada ulasan: