HALAMAN SANTAI
Isnin, 19 Februari 2018
Lim Kit Siang Akui Skandal IMDB Tidak Wujud
Rozmi Mokhtar – PENULIS sebelum ini telah memaparkan kegagalan rayuan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJ Utara), Tony Pua berhubung saman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadapnya.
Pua yang gagal menyekat saman Najib tersebut bakal berhadapan proses mahkamah setelah Najib berjaya mendapatkan “interim injunksi” menghalang Pua dari terus membuat tohmahan dan memfitnah Najib sementara proses saman fitnah Najib ke atasnya selesai.
Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan penghakiman Mahkamah Persekutuan tersebut, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menulis di blog beliau; “Sebagai seorang Anggota Parlimen, saya terkejut dengan ‘notis perundangan’ itu. Bagaimanakah mahkamah boleh mengeluarkan ‘notis perundangan’ ke atas sesuatu yang tidak wujud?”
Dalam usaha membela Pengerusi DAP Selangor itu, pemimpin de facto DAP tersebut sebenarnya telah melakukan dua perkara;
(i) Beliau mengakui skandal 1MDB tidak wujud
(ii) Beliau telah menghina keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang telah membersihkan Najib dari sebarang salahlaku dan/atau penyelewengan terhadap apa yang didakwa sebagai “skandal 1MDB”.
Selain dari itu, Kit Siang juga menulis; “Saya mencabar Pengerusi PAC, Datuk Seri Hassan Arifin untuk mengisytiharkan bahawa PAC telah membersihkan Najib daripada semua dakwaan berkaitan skandal 1MDB.”
Ternyata, bekas Setiausaha Politik kepada Lee Kuan Yew itu tidak berpuas hati selagi mahkamah atau Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) atau mana-mana pihak berkuasa tidak mensabitkan Najib dengan “skandal 1MDB.”
Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw (DAP) sebelum ini telah menyatakan bahawa Najib tidak terlibat samada secara langsung atau tidak atas “salahtadbir dan tatakelola 1MDB” setelah pelbagai siasatan dilakukan.
Malah, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) setelah dua tahun berlalu, masih gagal membuat sebarang pendakwaan jenayah ke atas mana-mana individu yang dikaitkan dengan “skandal 1MDB”.
Ia sekaligus memberi gambaran bahawa usaha merekayasa pelbagai bukti-bukti dan dokumen untuk dikaitkan dengan “skandal 1MDB” masih menemui jalan buntu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan