HALAMAN SANTAI

Isnin, 5 Februari 2018

Pulau Pinang belum selesai agih kerusi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BUTTERWORTH: Harapan untuk menyaksikan pembahagian kerusi DUN pembangkang di negeri tidak kesampaian apabila perkara itu tidak dimuktamadkan dalam konvensyen Pakatan Harapan (PH) negeri malam tadi.
 
Sebaliknya, ahli-ahli pembangkang yang hadir konvensyen itu diingatkan supaya bersetuju dengan keputusan pembahagian kerusi DUN yang dibuat pucuk pimpinan parti.
 
Malah, sepanjang hampir setengah jam ucapannya, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya menekankan betapa pentingnya untuk penyokong pembangkang tidak membantah keputusan pembahagian kerusi yang ditetapkan pucuk pimpinan.
 
"Kita akui akan ada masalah pembahagian kerusi,  akan ada rasa kecewa apabila kawasan yang diharapkan dapat kepada parti lain
 
"Parti lain pun kecewa sebab tidak dapat semua kawasan yang dituntut," katanya.
 
Kenyataan Dr. Mahathir itu seolah-olah memperkuatkan lagi desas-desus PH yang diketuai DAP di Pulau Pinang sehingga kini masih gagal mencapai kata sepakat berhubung pembahagian kerusi DUN negeri ini.
 
Difahamkan, sebanyak 11 kerusi DUN yang merupakan majoriti pengundi Melayu ketika ini menjadi rebutan antara Amanah, PPBM dan PKR ketika ini.
 
Jika berdasarkan andaian Amanah akan bertanding di semua kerusi yang ditinggalkan PAS iaitu lima kerusi, ini bermakna PPBM dan PKR perlu berkongsi enam lagi kerusi dengan majoriti Melayu.
 
Bagaimanapun, difahamkan PPBM menuntut lebih banyak kerusi sekali gus mungkin menyebabkan PKR terpaksa melepaskan 10 kerusi sedia ada mereka iaitu sesuatu yang sukar dipersetujui pucuk pimpinan PKR ketika ini.
 
 

Tiada ulasan: