HALAMAN SANTAI

Isnin, 5 Februari 2018

Ringgit Malaysia antara mata wang terbaik dunia - PM

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Ringgit kini menjadi salah satu daripada mata wang yang memiliki prestasi terbaik di dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
"Ringgit telah pun melepasi 'sempadan psikologi' RM4 (berbanding dolar AS) pada 5 Januari tahun ini.
 
"Ini bererti antara mata wang yang menunjukkan prestasi terbaik pada masa ini adalah ringgit kita," katanya dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
 
Katanya, beliau diberitahu nilai ringgit menjadi semakin kuat bukan sahaja ekoran kenaikan harga minyak dunia, tetapi juga kerana keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia.
 
"(Kerana) penabungan antarabangsa dan ekuiti yang mengalir masuk ke Malaysia, kerana mereka (pelabur asing) yakin dengan dasar yang kita jalankan.
 
"Inilah sentimen yang dapat kita lihat," katanya lagi.
 
Ringgit kini meneruskan kenaikannya, dengan kadar 3.9010 berbanding dolar AS pada 25 Januari lalu.
 
 

Tiada ulasan: