Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata wakil rakyat Umno keluar daripada parti itu kerana pemimpinnya hari ini gagal memimpin dan mengawal mereka.
"Antara sebab kita ada masalah wakil-wakil rakyat yang meninggalkan perjuangan kita sekarang adalah kerana mereka tidak percaya kepada halatuju yang sedia ada. Tidak ada satu kepimpinan yang boleh mengawal mereka.
"Dan saya melihat bahawa kalau sekiranya kita tidak ada pemimpin dan kepimpinan yang mempunyai hala tuju yang jelas, yang boleh beri harapan kepada wakil-wakil rakyat dan juga ahli-ahli kita yang kita boleh jadi satu pembangkang yang berwibawa dan kita tak perlu takut untuk menjadi pembangknag, saya rasa kita boleh mengelak masalah ini.
"Tetapi masalah ini adalah tanda bahawa kepimpinan pada hari ini tidak boleh kawal keadaan yang ada," katanya pada sidang media di Sabah hari ini.
Sidang akhbar itu disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Khairy. Beliau berada di negeri ini bagi bertemu dengan pemimpin Umno Sabah sebagai sebahagian daripada kempennya untuk merebut jawatan presiden Umno.
Esok sidang akhbar MP Bukit Gantang
Khairy yang mesra dengan panggilan KJ itu bakal berdepan cabaran pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan veteran parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.
Dalam lawatannya, Khairy menjanjikan autonomi untuk Umno Sabah, termasuk membenarkan negeri itu memilih ketua menterinya sendiri, mengendalikan hal ehwal disiplinnya sendiri dan memilih senarai calon mereka pada pilihan raya umum.
Semalam, Anggota Parlimen Bagan Serai, Noor Azmi Ghazali mengumumkan keluar Umno dan menyatakan hasratnya menyertai Bersatu.
Anggota Parlimen Umno dari Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pula akan mengadakan sidang akhbar esok bagi mengumumkan kedudukannya dalam parti itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan